LANGIT
Lihat langit!Aku memang insan yang berdosa.Apa!-Aku telah membenci kamu-.Kenapa?!.-fobia-.Mengapa?!.Khilafku ini yang terlanjur menutupi tatapan khalak terindah milik Tuhan Yang Maha Esa.Bagaimana?.langit begitu akur mengundang gerimis duka.-Nian dibebankan membawa awan larat yang sarat dengan hampa-Fikirku.Siapa?.-Amatur-.Lumrah manusia melepaskan kemarahan kepada mangsanya akibat kesilapan sendiri memilih jalan pintas.Bukan rahsia lagi penyesalan ini.
Cuba,Cuba Engkau dengar dahulu rintihan anak muda kian rapuh berpatah hati tega merebah sekujur tubuh yang tak bermaya ke permukaan butala.Duhai Penciptaku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ampunkanlah hambaMu yang lemah dahaga serta alpa dengan tingkah liar yang memakan diri.Haru biru kelaparan.Malang benar.Apa lagi yang harus aku galas?.Antara tawakal atau rakus,Dapatkah keimanan merentasi godaan yang terbentang luas?.
Nun di sana,Pandangan hijau polos enggan berganjak dari menjenguk posisi timur dan barat.Nyata tak bersuluh,Matta jiwaku masih kekaburan terhalang oleh serumpun dedaun lalang azalea yang menyesatkan sepanjang perjalanan.
Arakian aku merendah diri beralah seraya mengangkat tangan dengan sepuluh jari-jemari memohon kirimkanlah cahayaMu agar menerangi sudut pagi yang gelap seketika.Nah!Terpancar sejuta warna pada wajah ceria cerah yang menghiasi segenap jagatraya.Hasilnya fotosintesis kembali tunas bugar menghamparkan nikmat untukku bertahan.
Ah!Fikiranku asyik sempit.Waktu berlari terlalu pantas mengejar hari yang mendatang.Tunggu!berhenti di situ.Tinggalkan aku sejalur pelangi.Peneman saat minda terbiar berputar mempersoalkan keadaan.Sebelum detik ini berubah menjadi lipatan sejarah semalam yang pahit.Aku bertanya sendiri.Apakah akan terjadi?.Sempatkah aku berpeluang hidup di alam buana atau mati meninggalkan nama kepada Yang Empunya seperti manusia yang cepat berputus asa kerana kecewa dalam kecundang?.Musnah punah impian.Semakin marah semakin hilang pedoman.
Huh!Entah ke mana pergi khalayak kawan tawaku?.Ke mana pula kelibat kawan tangisku?.Riak wajah mereka tidak kelihatan seolah melarikan diri dari luaran mata.Aku benar-benar kurang mengerti.Pagi sudah merentas pergi menyapa ketenangan desa nan permai di tengah hari.Panas terbit terit mulai terasa menghimpit dada.Keringat lelah cuba membasuh luka-luka lara.
Aduh! Pedih sekali.Bahang adawat terus membara selagi femur ini tidak meronta-ronta melepaskan kepayahan kesan daripada penyahhidratan.Bila kalbu dipalu.Hemoglobin melemahkan tubuh bagaikan nyawa dihujung tanduk kerana keadaan semakin parah melihat darah yang merah mengalir.Selamat aku daripada anemia.Tak sanggup lagi.Bisikan jahat biasa menghantui perilaku.
Hah!Ini bukan cemburu buta.Aku adalah budak lelaki selagaknya bahadur nan berani.Ironisnya,
Aku juga adik bongsu yang berhak meluahkan pelbagai rasa.Gugur jua airmata jantan yang sekian cuba aku pertahankan.Perlahan-lahan titisan sendu mengalir lesu di pipi lalu jatuh ke tanah gambut.
Di kiri kanan,Persaingan terlalu sengit.Sedemikianlah aku bukan fatalis jika redha dengan takdir yang tertulis.Kekalahan ini begitu menguji keperibadian sebagai khalifah di bumi Allah-mula mengenal siapa kawan siapa lawan-insafku.
"Farha......."
"Bangun farha........"
Kedengaran nada suara sayup bergema menyelusuri di celah corong gegendang telinga. Frekuensi nyaring dan jelas.Terbuka mata sayu.lamunan terhenti sebentar lalu terputus terbang jauh ke bumantara.Aku cuba gagahi kudrat.Bangkit segera semangat yang pudar setelah luntur kehabisan daya usia lima belas tahun.
Siapakah dia?.-Entah-.Muncul makhluk tuhan paling cantik ini mahu melepaskan diriku dalam arena derita.Ketulusannya mencerminkan pandangan pertama yang memikat jiwa kerdil menghulurkan kasih tak terhingga.Laksana bidadari yang turun dari langit.Tanpa nama,malu dan ragu.Dia sepenuh tenaga memimpin langkah kakiku sehingga memijak ke garisan penamat.
''''''''''''''''''''''''''' LANGIT KEDUA''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Langit itu.Langit petang yang membiru.Datang awan-gemawan berarak melata.Terbentang sebuah lukisan mega adiwarna.Ilham saujana mata pujangga.Kelihatan suria meninggikan diri bangga diisytiharkan sebagai raja kesiangan.Cukuplah sekadar menyebarkan tenaga haba solar yang terbaik bukannya menindas dengan kemarau duka kepada hamba.
Di bawah junjungannya,manusia giat mengerah tenaga kerja untuk menuai sesuap rezeki agar terus hidup memelihara hak asasi.Hanya daku!.Kenapa masih ligat mencari dan menuntut ilmu bahagia ayah bonda?.Sampai bila daku bertanya,Sampai bila!?.Biarkan daku berdikari membahagiakan pilihan hati.
Sesungguhnya,Dia terlalu istimewa kerana dialah insan pertama yang daku kenali sebagai teman karib semenjak melangkah ke alam persekolahan sehingga sampai ke puncak menara gading.Sedar tak sedar,kami sudah tak sehaluan kerana terpisah jauh di perantauan.
Di manakah dia berada?.Bagaimanakah keadaan dia sekarang?.Tanda tanya tanpa khabar berita.Apatah lagi sebarang e-mail pun tak dibalas.Mungkinkah dia berubah hati lalu melupakan daku di sini kerana tak mampu melawan kesepian di sana?.Lima tahun terlalu lama buat seorang perindu.Rindu semakin memburu bayangan.Hanya potret dia di dalam thumbdrive sekadar penganti.
Hikmah tuhan,Pertemuan yang tak diduga.Renungan mata bercahaya kembali memukau.Tergamam seketika.Kehadiran dia membawa sinar baharu.Gentar benar menyambut salam senyuman manis tetamu hatiku.
"Maafkan daku....Fahrin"tangisan kegembiraan terpancar pada wajah.
Percayalah,Perpisahan ini bukan kemahuan fikiran.Segala kenangan kita sentiasa menyala sekalipun dihembus taufan.Memori meniti keremajaan masih tertulis dalam jurnal twitter seumur hidup.
Apa sebenarnya kesalahan kita?.Mereka seakan menjadi dalang yang merencanakan semua ini.Secara zahir,Kita tidak lagi diizinkan bertemu selalu seperti dulu.
Serius,Daku sedar dakulah abang ngah yang biasa hidup serba kesederhanaan jika hendak dibandingkan dengan dia yang merupakan permata hati kepunyaan seorang taikun hartanah.
Jelas,umpama enggang dengan pipit yang tak mungkin bermimpi terbang seiring.
Cukup!,Di zaman teknologi moden alaf baharu kini tiada lagi istilah "Antara dua darjat".Kita semua sama sedarah menikmatinya cuma yang mencorak adalah sifat manusia yang tamak haloba.Hujah dia cuba menyakinkan daku.
Harapan itu terlalu tinggi mencecah ke langit namun rasa terhina semakin menebal lalu membina tembok malu yang sukar untuk diruntuh.Tiada batu loncatan.Ah!Singkirkan ia dari kotak minda negatif.Larangan bukan hanya satu halangan.
Sekejap,Pegang erat tangan daku.Pejamkan mata dahulu.Senyap,Cuba dengar di sekelilingmu.
Apakah ada kedengaran desiran angin bayu yang menderu dan membelai rambut ikalmu atau kicauan merdu sang unggas yang berkeliaran bebas serta bingitan olahan manusia yang mencuri sedikit ketenangan senantiasa berkumandangan di udara?.Jika ada cuba teliti sekali lagi.Mungkin pasti akan mendengar sesuatu yang biasa tetapi hari ini menjadi keluarbiasaan.Teka-teki dicongak dalam diam.
Ya!Benar,Daku ada mendengarnya.Ia begitu dekat dan dalam.itulah bunyi dengupan jantung yang berdenyut kencang sekali.Separuh nyawa sebentar.Gugup tak terkawal rentak moderato.
Gila!Dunia ini bagaikan ilusi milik kita berdua.Tiada siapa yang dapat mengganggu keindahan ini.
Kita mula bersama merasai sentuhan getaran jiwa.
Apakah ini yang dinamakan cinta?.Gagap seribu bahasa.Sebenarnya malu tapi mengakui yang kita sudah jatuh dalam jerat percintaan.Semoga tidak terjerumus jerlus perangkap nafsu kerana syaitan selalu menjadi batu api yang akan merosakkan hubungan suci ini.
Kekasihku Mala,Tempat liburan yang daku usahaniagakan baharu bertapak setahun jagung mencipta sejarah "INDAH MY ALAM RESORT" ini sempena namamu.Bukti ingatan yang ikhlas padamu.Biar seantero dunia tahu tiada insan lain lagi yang bertakhta di hati.
"Aku cinta padamu!!!!!!!!!!"
Jeritlah sekuat hati.Biar pulau,pantai,ombak,dan laut ini menjadi saksi sebuah ceritera cinta yang berputik mekar kerana esok lusa kita mungkin tak akan dapat berpeluang sebegini.
Perpisahan pasti datang menjengah.Janji,Kita akan mempertahankan cinta jarak jauh nanti.Bersabarlah,Daku akan mencuba berusaha mendapatkan restu ayah bonda biarpun rintangan menerpa di hadapan.Semuanya demi harapan dan impian menuju ke singgahsana perkahwinan.Jangan musnahkan angan-angan dahulu kerana langit mulai letih mencemburui saki-baki kemesraan kita.
'''''''''''''''''''''''''''''''LANGIT KETIGA'''''''''''''''''''''''''
Renunglah langit,Kala ini persada begitu molek berhiaskan nuriah kilauan kuning keemasan yang menyaluti sinar kudus dengan melimpah kemewahan yang meruah diraih sekitar penjuru bandaraya metropolitan.Amat kecewa awalnya,Sifat tedas itu hanya sementara lalu menyingkirkan rona biru remunia.
Lewat tanpa sedar,Maharani rembulan datang berlabuh melepaskan sauhnya ingin berperang merampas kembali takhta atmosfera.Usah diperkotak-katikkan usaha strategi tawanannya.Turuti perintah hati.Hukuman dilaksanakan terhadap dermaga itu kerana menjadi saksi bisu yang membutakan mata.Leka meninggalkan matahariku berlalu pergi bersendirian sambil mengheret nostalgia jangka hayat yang telah dirakam dengan kaca mata lensa malar segar hingga lenyap di ufuk barat saat malam kelam menjelmakan bintang.
Nanti dulu!Dengarkanlah ucaptama saya kepada dia-Selamat tinggal sayang,Selamat jalan kekasih,belum terlambat kiranya sudi membawa pepatah definitif ini;Yang patah akan tumbuh,Yang hilang akan berganti.Sandaran untuk melupakan hasrat hancur yang sukar dibasuh dengan airmata.
Kedengaran laungan azan bergempita memecah kesibukan manusia di ceruk kota raya Kuching yang masih riuh-rendah mengejar keuntungan duniawi.Nada-nada syahdu bergema daripada senandung suara merdu bilal yang lantang menyeru serta memujuk rayu dengan aman kepada umat sesama islam agar berhenti sebentar supaya dapat segera menunaikan kewajiban sebagai ummah.Bersiap-sedia dengan mengambil wuduk untuk menyucikan diri dari sebarang debu kota.Bersihkan jiwa sebelum bersatu menghimpunkan saf untuk mengerjakan rukun sembahyang.Usai solat maghrib kemudian disusuli dengan solat isyak.
Allahhu-Akhbar!,Segala pujian yang tak terputus dilafaz khusyuk meskipun dalam tahajjud kerana Dialah tempat hambaNya bertaut takwa.Takbirratul-ikram mula dipimpin erat.Ketenangan terasa heningnya.Lebih afdal,Salam al-fatihah dihafazkan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabatnya yang setia berkorban syahid demi cinta kepada agama suci ini yang diperturunkan dari langit.Rakaat demi rakaat disempurnakan dengan ikhlas sehingga rebah tersimpul mengakhiri thahayat.
Sesungguhnya,Sujud isthiqarah telah didirikan setinggi tangga untuk memanjat pepohon doa munajat agar termakbul buah fikiran di telapak tangan yang ternadah nian meminta simpati semoga terbuka jalan kebenaran untuk memilih yang terbaik-Ingin saya.
Izinkanlah saya menikmati kebahagiaan setelah menjadi lelaki yang tewas dalam mengharungi kesengsaraan yang maha berat dari-Mu.Meskipun sekadar menguji tahap kesetiaan seorang hamba yang tak terbelah bagi terhadap tuannya.
Beginilah autobiografi kisah hidup saya,Ia benar-benar terjadi.Biarlah cerita ini menjadi ikhtibar buat mereka yang melayari laman sesawangblog saya.Oleh kerana terlanjur bercinta.Dia sudah berada di sisi.Saya mencium dahinya dengan penuh kasih sayang.Simbolik dialah isteri saya yang sah.Sekalipun ikatan ini rahsia dan tanpa direstu keluarga.
Maafkanlah anak sulung ini yang sepatutnya menjadi idola kepada fahrin dan farha.Ampunkanlah penderhaka kepada ayah bonda ini tanpa muzakarah menjadi pengkhianat yang telah mengingkari sebuah janji.Apakan daya?.Cinta itu terlalu indah malah cinta itu bukannya mudah.Kehadiran dia dalam hidup kompleks ini adalah suatu lohmahfuz.Apapun yang terjadi? Sayang,Saya merupakan pakar ortorpandik dan jua seorang insan biasa yang tak bisa lolos daripada mendapat penyakit parah tetapi kenapa masih ada lagi segelintir yang tak kenal erti lelah ini tanpa mengira waktu membantu mereka yang ditimpa musibah.Hati siapa yang tak terguris.tepuk dada tanyalah yang empunya badan.
Pakkkh!Sepantas kilat satu tamparan hebat daripada seorang perempuan muda singgah ke pipi lelaki itu.Aduh!Cis!Merah padam menahan penangan malu.Sukar benar menepis banyak mata yang melopong menyaksikan sandiwara di tengah lalu lintas dalam lapangan kapal terbang.
"Ahmad farhad bin ahmad farid!"
"Kau memang tunang tak guna...!!"
"Kau jahat!,Kau kejam!,Kau penipu...!!!"
"Kenapa kau tinggalkan saya......!!!!"
Apa lagi alasan nak diberi?.Kemaafan menjadi dendam kesumat.Sebenarnya kesilapan ini bepunca daripada sifat keegoan lelaki yang tak kenal hati nurani wanita.Tiada siapa yang tahu adakalanya dia berusaha membuktikan diri cukup kuat fizikal namun fitrah wanitanya terlalu lemah untuk melihat nafas terakhir sehingga sukar menghadapi hari-hari tanpa lelaki yang dicintainya.

Subhanallah,Perpisahan sesaat itu amat perit.Peluang tiada kedua kali.Syukur ke hadrat Illahi,Segalanya berjalan dengan lancar Transisi jantung baharu itu mulai bergetar normal setelah kardiovaskular meruntun lelah melawan pedar.Kalakian,gementar menyelongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik hela yang tersirat sekian lama terpendam.
Harus diperjelaskan,Isteriku Camelia..,seorang mualaf ,wanita dan jua ibu tunggal cekal yang tabah suatu ketika dahulu mengharungi liku-liku sebagai balu yang telah kehilangan Arif,suami tercinta akibat kecelakaan nahas jalanraya.Dia dan anaknya Ilham Daniel,satu-satunya penyambung hidup terpaksa menghadapi realiti bahagia boleh berubah walang dalam sekelip mata.Inilah kenyataannya.Oleh kerana kemuliaan dengan rela hati mewasiatdermakan sesuatu itu mampu menyelamatkan hidup seseorang.Kadang-kala berkat doa tulus,Walang pasti bergalang ganti bahagia.Itulah yang harga yang perlu dicari oleh setiap manusia.
Kesebatian jirim ini menggelombangkan permukaan serba cuak ingin mewar-warkan bahawa rupanya jantung ini adalah hak milik lelaki yang pernah memeluk erat isteri saya sebagai suami terdahulu yang meninggalkan sisa-sisa jiwanya ke dalam kotak minda ini.
Pengorbanan murni ini menjadi buah mulut mereka yang melemparkan kata-kata fitnah.Tuduhan demi tuduhan bersalutkan konterversi.Dilabelkan sebagai pencuri pancaindera.Hanya kerana diri berstatus doktor mampu berbuat apa saja demi kepentingan sendiri.Informasi kebenaran harus dihebahkan tetapi mulut tempayan dapat ditutup,mulut manusia sememangnya memerlukan masa yang lama untuk dihentikan.Atas sebab itulah keputusan drastik melarikan diri dari pandangan umum untuk berhijrah ke Melbourne,Australia mungkin mampu menghapuskan kemelut yang melanda jiwa.
Tenunglah langit,Anugerah cahaya kudus yang genderang menjadi lantera bisa menyuluh di pelusuk jagatraya supaya takkan ada lagi yang berkaca mata rabun untuk meneropong gugusan bintang di bimasakti.Bebas membentuk imaginasi kreatif.Aduhai,Pabila larut malam,Kesunyian menguasai ruang udara tanpa lelagu yang menghiburkan dan menemani takkala sayup digilis dengkuran manusia.
Alamak!,Pagi-pagi buta sudah dirambang dengan telatah manusia yang kepenatan asyik dibuai mimpi dalam penerbangan transit ekonomi yang dijarakkan masih jauh lagi perjalanan itu.Cemburu benar mata ini yang belum goyah diulit pandangan citra dia yang menyejukkan kalbu.

"""""""""""""LANGIT KEEMPAT""""""""""""""
Lihatlah langit,Aku memang manusia yang berdosa kerana terlupa setiap doa akan termakbul di atas kehendakNya.Walhal ketahui Tuhan itu Maha adil dan Bijaksana bisa mendengar hal-hal yang merumitkan;Tentang kesusahan yang merayu mengharapkan ketenangan,tentang kesakitan yang meronta memohon kesembuhan malahan taubat yang mengirim seribu keampunan takkala mata masih kuyu sujud beralas sejadah di ambang subuh.
pagi seperti kebiasaan tak pernah sedetik pun langkah menempiaskan kedinginan embun jantan sambil menanti lembaran cahaya baharu muncul menghamparkan kehijauan bumi tua.Peristiwa semalam telah menjadi ikhtizam kepada manusia agar bersemangat waja untuk terus hidup bermaruah.biarlah berakit-rakit dahulu ditepian berenang-renang ke muara kemudian,Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian-Falsafah pegangan esok hari.
Cuba,Cuba kita fikir sejenak,Setelah berusaha sedaya upaya dengan berkorban apa saja demi mengejar impian yang dicita.Apakah semua akan sia-sia belaka?.Masih jelas terpampang wajah-wajah itu;Yang tersenyum bersimpul malu tanda setuju menghulurkan jari manis lalu tersarung cincin ikatan yang mengeratkan silaturrahim tanpa mengira darjat lagi di hari bahagia,yang mengalun ratip kegembiraan tak terkira sehingga tak sanggup melepaskan pelukan kerinduan yang sekian lama dinanti-nanti menerima kemaafan setiap kesilapan yang telah dibawa pergi bersama malah yang menyambut salam persahabatan yang mengiringi setiap lirikan kemesraan berpanjangan.
Sesungguhnya,Walaupun diduga perit,Dia tetap bertakhta di hati.Tiada rahsia lagi pengakuan ini.Usah didomba-damba,Kita bernaung di bawah langit yang sama kerana Dialah satu nan abadi.
LAYAR ARIS
Pada awal pagi yang dingin,muncul matahari tersenyum megah melebarkan sayap cahaya kesiangan.Terpancarlah sejuta warna yang menghiasi flora untuk tatapan sepasang matayang meliar.Sang unggas pula bebas berterbangan membawa dendangan kicau merdu memcecah kesunyian di corong halwa telinga.
Kelihatan,dia membuka mata kuyu walaupun kerana terpaksa,sekuat daya tenaga lelaki mengayuh basikal meluncur laju biar meredah di setiap jalan-jalan yang biasa dilaluinya.Di kiri kanan,acapkali tahu di mana letaknya lopak lumpur yang berlubang besar untuk dielak atau simpang-siur yang dipagari dedaun lalang yang tinggi merimbun di sepanjang jalan sepi.
Hari ini,Dia telah terlanjur melewatkan masa yang begitu berharga sebab agak liat membangkit susuk tubuh kerdil yang enak dibuai mimpi indah di atas katil yang bertilam empuk.Fuhh!hembusan nafas lega menghela ke udara sambil menarik kembali oksigen sedalam-dalamnya kerana percaya pada nasibnya yang memang baik.Selamat dan sempat melangkah kaki ke dalam sekolah tanpa dicekup oleh pengawas yang bertugas.
Seperti selalu,punggung belum panas lagi sudah riuh-rendah bergema bagaikan tak pernah bertemu sehari.Macam-macam cerita diutarakan hendak dikongsi bersama;tentang pasukan bola yang menang atau kalah,tentang filem atau drama hebat yang ditonton semalam apatah lagi tentang soalan sukar yang masih belum diselesaikan.Inilah masanya untuk mendapat jawapan.Hanya sekadar mengisi seminit yang kosong sementara menanti kehadiran guru yang mengajar.
Tiba-tiba,Semua tergamam seketika lalu tertanya-tanya.Entah dari mana datangnya seorang budak lelaki yang tak dikenali?.Dia muncul masuk tanpa salam.Tunduk malu tanpa wajah malahan duduk terus tanpa suara.Hey?Budak baharu ke?.Bermulalah agenda jahat mereka yang 'gatal tangan' pantang melihat mangsanya suka mengusik sekadar menguji kekebalan iman dia.
Kesian,habis mengila budak itu seharian diganggu serta membuli oleh mereka yang tak lekang dengan kenakalannya.Itu baharu sehari belum lagi setahun.Entah ke miring otak budak itu dikerjakan.Tak boleh didiamkan.
Hoi!Cukup-cukuplah!Lagak hero dia memberanikan diri cuba menghalang karenah biadap mereka.
"kau tahu aku ni siapa....!"
Gertak dia menjolok mata.
"Tahu...."
Kecut perut mereka.
"Aris....anak murid pak malim,guru silat gayung yang terhandal di pekan ini"
"Usah risau...."
"Aku ada di sini"
"Kau selamat sekarang"
"Diorang tak akan kacau kau lagi"
"Percayalah...."
Aris menghulurkan tangan simpati dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pejuang anti-keganasan dalam menuntut keamanan ingin membantu insan lemah yang tak berdosa teraniaya daripada dirantai penderitaan.
Bagaikan suatu kuasa takdir daripada Tuhan Yang Maha Esa telah terhumban jauh ke lubuk hati kerdil.Pada saat itu,terbinalah satu ikatan persaudaraan di atas nama persahabatan yang terjalin utuh sehingga menjadi tauladan dikalangan pelajar sekolah agar mengamalkan perpaduan tanpa mengira darjat,bangsa,rupa atau yang kaya-raya dalam mencari teman seiringan sepanjang menimba ilmu duniawi.
"Awak tahu tak"
"Aku cukup beruntung dipertemukan insan sebaik seperti awak"
Dia menatap seraut wajah yang cerah bersinar-sinar melindungi sang suria yang melingkari di sebalik cahaya petang nan permai.Ada kemurnian semakin terserlah aura ketulusan yang membentuk keperibadian mulia.
"Terima kasih"
"Sudi menerima manusia hina ini.."
Aku sedar aku cuma anak yatim piatu.Tiada tempat untuk mengadu.Terpaksa pula tinggal sebumbung dengan ibu tiri serta anaknya yang ku sangka dapat membantu tetapi tak mungkin kerana orang yang pernah merampas kasih sayang seorang ayah ini pasti ada niat tersendiri.
Hanya tuhan sahaja yang tahu tahap parameter kesabaran melebihi had maksimum.Tertekan ditindas terpaksa menutup telinga tak sanggup mendengar caci maki hamun yang dilemparkan.Mereka menuduh akulah yang pembawa sial dan penyebab punca kehilangan satu-satu tunjang bergantung harapan keluarga.Ayah,maafkan aku yang terlalu mendambakan rindu yang terpendam padamu.
Diri ini percuma menjadi bahan pelepas kemarahan dengan sesuka hati.Ah!Di mana lagi aku lari?.Ke mana lagi tempatku bersembunyi?.Entah,walau pergi ke timur atau ke penghujung barat.Aku tetap digari berdiri di sini.Angin bayu menderu tenang pun tak mampu disentuh inikan pula langit menjulang tinggi mahuku jelang.Terlalu mustahil aku berganjak.
Hahhh!Sampai bila aku terus begini.....!jerit dalam diam.Aku bagaikan barisan pahlawan jihad berani bertarung nasib antara hidup atau mati.Tega mempertaruhkan sekeping hati yang rapuh ke depan hanyut menyeberangi sungai yang terbentang dengan perangkap samar pancaroba ombak yang tak keruan tanpa mengenal mangsanya.Semua itu demi mengejar segunung impian.
Huh!pasang surut itu sudah menjadi asam garam kehidupan anak jati para nelayan.Umpama satu permainan waktu,andai tersilap langkah kelak binasa padahnya-untung batu tenggelam,untung sabit timbul-tawakalku.
"Siapalah aku ini?"
Dia menggenggam erat tangan teman yang setia memberi bantuan tanpa mengenal erti lelah keringat.Sukar benar melepaskannya.
"Aku tak dapat bayangkan jika dunia ini tanpa ada kamu"
"Seperti langit tanpa awan...."
"Tiada seri hanya sepi.."
"Aku tak mahu kehilangan yang kedua kali..."
"Seseorang yang tak dapat dicari ganti..."
Aris menyesal,Dia sebenarnya terkilan kerana tidak berdaya melawan arus masa yang begitu pantas merentas halalajunya lalu meninggalkan siapa saja yang terlewat.
"Sabar....,bertenang"
"Insya-Allah,penambang perahu akan kembali..."
"Takkan aku nak biar kawanku ni keseorangan dalam kesusahan di sini"
"Salah aku...."
"Baiklah,aku berjanji..."
"Aku berjanji tak akan berganjak walau seinci pun selagi pak penambang sampai ambil kawanku pulang ke rumah dengan selamat..."
Pujukan Aris meredupkan lamunan lara di celah pandangan tajam yang melintang garisan ke sudut 180 darjah.
Dari kelewatan minit yang terlupa pada ragam naif,Terganggu sejenak langit ini akhirnya matahari tanpa segan silu pergi mengucapkan selamat tinggal kepada siang lalu melambai-lambai sinar biru remunia ke sebelah ufuk barat.
Jeti yang sunyi diketepikan oleh muara tebing kaku ini telah menjadi saksi bisu membutakan keraguan dengan termeterailah sebuah perjanjian yang julung kali terucap secara lisan.
"Janji"
"Janji"
Jari telunjuk diikat sama lain,Simbolik betapa kuatnya pegangan nilai sebuah aset keharmonian.
Dan hari bertemu hari,musim bertukar musim,malahan usia kian menginjak ke alam keremajaan yang terkial-kial mencari erti kematangan.Tak diduga rupanya rupanya tujuh belas tahun sudah berada di alam ini.Leka dipukau oleh iris ini.Pejam celik dalam sekelip mata,Perspektif dunia kini telah berubah mencorak arena globalisasi teknologi moden.
Putaran waktu jarang menunjuk tempoh jangka kelajuan secara minimum asyik berlari,berlari dan terus berlari menambahkan kapasiti kenangan ketika terciptanya sejarah silam sepanjang minda masih interaktif.Apatahlagi dugaan sering datang tanpa diundang menunjang perasaan seribu kehampaan.
Nasib baiklah,Ada teman yang senantiasa memberi kata-kata perangsang yang menyuntik semangat waja untuk aku yang serba-serbi dungu agar lebih tekun berusaha bangkit membuktikan diri mampu memegang segulung kertas kejayaan.
Namun,Lumrah manusia yang jahil pasti bergaul rasa iri hati serta menyimpan hasad dengki.Bak kata pepatah lama;rambut sama hitam,hati lain-lain"pesanan yang hanya disimpan dalam kocek ingatan.
"Aku dah kata..."
"Kau mesti tak percayakan aku..."
"Sekarang kau tengok......."
"Aku bukannya nak menyibuk hal girlfriend kau...."
"Cuma..."
"Yalah,kesian kat engkau...siapa lagi yang nak kat kau?"
"Sebelum kawan kau tu yang berlagak baik hati sebenarnya penipu besar cuba merampas girlfriend kau...lebih baik kau bertindak cepat,Ajarkan dia cukup-cukup,bagi dia penumbuk biar insaf sikit"
"jangan ingat kau yang lembap ini tak ada mata,senang-senang nak kelentong"
"nak merampas girlfriend orang sesuka hati,harap pagar,pagar makan padi,harap kawan,kawan pula makan sorang-sorang..."
"hahaha...kesian,kesian..."
Kata-kata hasutan yang pedas mencili lalu memukul jantung seperti bermain tarik tali.Percaya atau tidak.Terpulang kepada bukti sahih yang dirakam dari kedua belah mata yang meliar meneropong pada sudut 360 darjah.
Hah!Ternyata aksi kemesraan mereka berdua mengundang panahan serong mahu menusuk tajam anak mata ini.Oleh kerana terguris isi hati,Bisikan syaitan berkumandang menambahkan api kemarahan,Syaitan pun apalagi sedia melonjak girang tanda kemenangan menyaksikan satu upacara gilang-gemilang memutuskan tali silaturrahim yang terikat akhirnya terlerai kesan cemburu yang membabi buta.Terjadilah satu peristiwa hitam dalam sejarah mereka.
Pakkh!Satu tumbukan keras yang tak sempat dielak dari buku lima mengena ke pipi budak lelaki yang sedang berborak kosong dengan pasangan.Aduh!cis!bedebah!sakitnya tak terkira hingga luka berdarah mengalir dengan geram.
"Nah! rasakan penangan penumbukku....."
"Inilah balasan jika cuba merampas kepunyaan orang lain"
Suasana semakin kucar-kacir.Gadis itu terperangkap di tengah pergolakan yang tegang di antara dua budak lelaki yang masing-masing menunjukkan kehebatan beradu tenaga berlagak hero semata-mata tidak mahu mengalah dan mempertahankan diri daripada menjatuhkan air muka di hadapan gadis yang menjadi rebutan itu.
"Astaghfirullahhazim....."
"Sudahlah....Eman!Aris!"
"janganlah bergaduh....!"
Nafas semena-mena kehabisan oksigen.Sekejap,tergamam sambil mengisi tenaga yang tinggal sayu.Tak diduga,sahabatnya kini berubah sekelip mata tiba-tiba mengamuk bagaikan dirasuk kebencian yang teramat.
"Eman,apa sebenarnya masalah kau ni....?"
"Mengamuk tak tentu pasal..."
"Apa salah aku...?"
Dalam keriuhan kelam-kabut dihimpit seribu persoalan.Dia terus melarikan diri jauh meninggalkan serpihan lebam-lebam di segenap ruang pandangan jahat.Sedar,dia begitu jahil tentang dosa.Terdesak sebentar,lalu menghimpunkan soalan-soalan rumit di penjuru fikiran kusut dan mencari jawapannya di persimpangan jalan pertanyaan akhirnya tersesat juga kerana terlepas arah yang menentukan titik kiri dunia kosong ini.Alahai!ke hujung benua pun aku berlari dan terus berlari pasti kembali ke tempat asal.
Bingung,mengapa aku begitu bodoh?.Kenapa aku tega melukakan hati tulus hingga meruntuhkan kota janji dengan tangan kotor ini?.Entah!,bagaimana?bila?apakah aku mampu melihat biru mata hitam itu?.Oh!Tuhan,aku memang seorang manusia yang terlalu hauskan kemaafan yang telah dihidangkan dengan penyesalan.
Segalanya kerana Nazera,gadis anggun yang telah menghadiahkan sejambak senyuman ceria setiap pagi yang mekar hanya untukku.Meskipun ketahui,dia seorang yang bijaksana,peramah malah disegani guru serta rakan-rakannya namun aku yakin dialah gadis yang memanah tepat ke dadaku dengan anak panah cintanya.
Lirikan matanya yang menambahkan keayuan sang puteri pasti menggoda jiwa remaja di kalangan lelaki di luar sana termasuklah Aris.Tanpa berakal rasional,sudah tentu aku menyangkakan Aris adalah pesaing terdekat yang tak boleh dipandang remeh.Ah!aku tak mahu terjebak dalam cinta pithagoras.
"Aku minta maaf...."
"Aku benar-benar rasa bersalah..."
Eman menundukkan kepalanya rasa malu di atas kebiadapannya.
"Aku pun nak minta maaf juga..."
"Sejujurnya,aku tak tahu yang dia kekasih kau...."
"tapi....Percayalah kami berdua hanya kawan saja..."
"tak lebih daripada itu..."
Aris ingin merungkai kesalahfahaman yang telah berlaku.
"Aku percaya....."
Eman mengangkat muka dengan mengukir senyum mudanya.Mereka pun berjabat tangan dengan harapan yang besar agar dapat mengembalikan silaturahim yang terputus.

Namun lohmahfuz Tuhan Yang Maha Esa memang tidak dapat disangkal lagi,menjelang detik-detik getir meniti perjalanan dalam episod terakhir bergelar pelajar sekolah menengah meski di atas atau ke bawah,mudah-mudahan ujian masa 19 tahun ini yang telah dikorbankan separuh jiwa menentukan hala tuju akan terbalas dengan sekalung pingat kecemerlangan yang bakal digantung di dada .Debaran kian berdendang menyanyikan lagu penantian.Betapa seksanya menjadi seorang penunggu di sini.Doa tak putus-putus dikirimkan kepada Yang berkuasa.Hah!itu dia sudah tiba,keputusan sudah dipaparkan.
"Syukur,alhamdullillah"
"Aku lulus..."
Mereka berdua melonjak girang meraikan kegembiraan.Berkat usaha gigih saling bekerjasama setelah berhempas pulas membuktikan diri ini biar pun dicabar dengan dugaan.Semangat setiakawan itu telah membuahkan hasilnya setimpal dengan keyakinan yang dicurahkan.
Eman ingin sekali berkongsi kegembiraan ini bersama dengan teman ,merangkap kekasih hatinya;Nazera yang juga di antara pelajar terbaik,pesaing terdekat buat Eman biar kalah tipis di mata.Hairan,batang hidungnya tidak menampakkan sekujur tubuhnya.Entah,ke manakah pergi kelibat dia?.Tak munculkan lagi.Tanda tanya terhapus apabila mendapat utusan daripada orang upahannya.
Dia mahu bertemu dengan aku untuk kali terakhir.Pada petang ini,Sebelum dia berangkat pergi berpindah ke luar negara bersama keluarganya.Tempat biasa,Di mana tempat selalu lepak bersama.Di kafe kopitiam chow lim.Alahai,tak sabar rasanya iman ini menatap wajahnya.
"Apa!"
Eman bagaikan tidak percaya dengan kata-kata terakhir itu.
"Aku mahu putuskan hubungan kita..."
Nada suara nazera agak rendah tetapi masih jelas ingin teruskan jua bicara yang terbantut.
"dan sebenarnya aku rasa bersalah pada kau...tapi inilah peluang terakhir untuk aku berterus-terang sebelum aku melangkag pergi...maafkanlah aku,aku sudah mencuba namun hatiku tetap berkata...aku tidak cintakan kau...Eman"
Nazera melepaskan genggaman tangan dia.
Eman benar-benar terasa tertusuk duri sembilu yang amat berbisa telah merejam ke dalam dada hingga menembus ke hati.Sakitnya tak tertanggung.
"tidak!aku tidak percaya semua itu..."
"apapun alasan kau..."
"Apa salah aku?!"
"kenapa kau berubah hati...?"
"Cakap...Beritahulah aku..."
Eman memberontak ingin melawan rasa kecewa yang berdepan dengan sentuhan kecundang.