gambar sewaktu kecil |
hehehe..,Manalah tau kot-kot ada yang berkenaan dengan aku yang tak seberapa hensem ni....
This is me........
nama aku ialah Jaq afar tetapi dalam ic tertulis Ja'afar.Jangan keliru,Aku selalu dipanggil jafar walaubagaimanapun aku suka dengan nickname "afa" hanya sekadar samaran sahaja.Jika diikutkan dengan makna pada namaku."Ja'afar" bermaksud sungai yang mengalir.Sememangnya simbolik sekali,Aku ibarat sungai mengalir yang kadang-kala tenang,kadang-kadang deras dan tiba-tiba boleh banjir besar.Hmmm,Dasyat!
Seingat aku,Menurut cerita orang tuaku,Aku dilahirkan ketika fajar menyinsing dan bersahutan azan berkumandangan menandakan tibanya di awal hari permulaan bagi kalendar umat islam seantero dunia menyambut MAAL HIJRAH di sebuah daerah yang terkenal dengan sejarah lombong arang batu.
Celik saja mata melihat bumi ciptaan illahi sudah tertulis banyak dugaan yang bakal menerjah satu-persatu untuk diharungi.Kiranya sudah puas saat pahit getir ketika di ambang ketidakmampuan mengejar realiti material.Budak zaman sekarang sememang sangat beruntung
semuanya sentiasa dapat namun aku sentiasa bersyukur biarpun masa kecil dulu cuma nasi berlaukkan kicap saja.Itu pun sedap....
Masuk jer zaman persekolahan.....sekolah rendah,aku memang sangat rendah dan sentiasa rendah diri.Dan aku tak kisah biarpun cuma dapat 1A 2B 1C kadang-kala menyesal juga tapi atas sebab terpaksa sabar jerlah.Masa tu aku cuma fikir buat apa susah-susahkan hati.Peluang memang dah tak ada untuk aku.Semuanya bukan ditanganku.Rindu di sekolah SRK ABANG MAN,tempat aku pertama kali menjejak kaki untuk menuntut ilmu takkan pudar dihapus zaman...,Rela berjalan kaki 1 km jaraknya,pergi pagi pulang petang sudah menjadi rutin.Kini ia hanya tinggal kenangan.
gambar masa tahun 6
Zaman sekolah menengah merupakan detik yang mencetuskan cabaran buatku....Menerjah dunia remaja bukan lagi fantasi ,Diduga pengalaman pahit aku terpaksa telan dan diamati pengalaman manis aku simpan sampai bila-bila.Di dunia itulah aku cuba membezakan antara dunia kanak-kanak atau dunia kedewasaan.Pertengahan ini kadang-kala kita keliru sama sekali tetapi terima kasih kepada pengalaman.Satu-persatu aku mula mengerti betapa ia adalah putaran roda kehidupan manusia.Biarpun kini SMK SIMUNJAN No.1 berwajah baru tetapi masih mampu melahirkan generasi cemerlang meski terpinggir seketika.Masa ni aku cuma dapat SRP cukup-cukup makan jer..Hmmm,Bolehlah walaupun dalam sijil tertera 33A
masa tingkatan 1 dan 2
masa tingkatan 3
Selepas itu aku melangkah ke SMK SIMUNJAN NO.2...,Ibarat 1malaysia,aku mula mengenal dan bergaul dengan bangsa bukan melayu.Walaupun kekok tapi banyak inspirasi yang aku dapat.Lain,Sangat-sangat lain dari apa yang diomong oleh orang yang "bengap" selama ini.Bestnya aku dapat bersaing dengan sihat dengan mereka...Ketika itu otak masih "geliga" dengan mudah aku memintas ke atas tetapi bila hilang "aura" dengan teruk sekali aku jatuh.Memang lumrah alam,Terkadang kita di atas Terkadang kita jatuh tersungkur ke bawah.Aku benar-benar kecewa sekali...SPM yang menentukan masa depanku akhirnya terkandas tapi taklah sampai nak bunuh diri...,Cuma aku dan diriku sahaja yang tahu apa yang telah menyebabkan harapan yang digenggam musnah...Biarlah rahsia,Lagi pun dendam yang terindah itu biarkan indah di mata.Dengan membawa sijil Pangkat 3 entah apa akan jadi suatu hari nanti....,Hanya tuhan sahaja yang tahu.Dunia remaja datang menerpa dan kemudian kehadiran sekelumit perasaan cinta mula bergelora.Rasa cinta itu datang secara tiba-tiba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan