
ASSALAMUALAIKUM......
Minggu Pertama Ramaddan
Pada tanggal tarikh 11 ogos 2010,Aku seperti umat islam yang lain pasti teruja menyambut kehadiran bulan mulia ini.Bagaikan telah diduga,Diawal minggu pertama umat islam berpesta berbuka puasa.Cabaran baru telah menjengah menguji tahap kesabaran jiwa menerima seadanya.Meskipun hanya nampak sekelumit tetapi dugaan begitu berat untuk memikulnya.
Entah!,kenapa dan dari mana datangnya bisul tiba-tiba menjelma di wajahku ini,Ahh!Geram betul.Bisul ini telah menjadi punca bagaimana terseksanya hati sehingga terpaksa membatalkan semua perkara penting dalam jadual hidupku.Pada mulanya agak keberatan tetapi dipujuk hati ini sebaik mungkin untuk merawat ia walaupun memakan masa yang lama.
Cukup resah!Sudah masuk 3 minggu tetapi hasilnya sangat mendukacitakan raga.Pelbagai cara untuk mengubati.Nah!Apa dah jadi?.Kesal tak ada penghujung semakin bernanah dan membengkak.Fuhh!Hanya sabar,sabar,dan sabar kerana di bulan ramadan al mubarak aku berserah pada takdir ketentuan oleh Allah S.W.T. Aku cuma bergantung kepada BACITRACIN-N.



MINGGU KEDUA PUASA RAMADDAN
Entah kenapa?pada minggu ini aku merasa sangat penat dan bagaikan tidak bermaya malah cuba menceriakan diri tetapi tidak berdaya.Semangatku mulai pudar dihimpit perasaan serba tak kena.Mungkin masalah bisul ini belum lagi reda,Aku sudah tidak kesah lagi dan sentiasa bersedia berhadapan pandangan mata mereka.Meski sukar menjawap segala persoalan itu.Kesan sampingannya sedikit demi sedikit menampakkan hasil.Biar cuma sedikit sahaja.
Atau mungkin cuaca seringkali mengganggu situasi pemikiranku yang makin buntu.Sekejap panas terit yang membahang di dada,Sekejap hujan lebat yang mengigit dingin sampai ke tulang sum-sum.Ah!Sebagai manusia,aku tidak sepatutnya merungut dengan kejadian alam semesta.Harus bersyukur kerana masih mampu bertarung nyawa dalam kepudaran waktu.
Di ketika itu,aku berfikir sejenak bagaimana aku boleh cemburu kepada dia sedangkan aku takkan peduli sekalipun langkah dia.Sesungguhnya,dia pada mulanya bukan apa-apa padaku.Dia cuma sekilas bayangan buatku bermimpi.Datang dan pergi itu perkara biasa.Jika aku berada di sana.Pasti dia takkan percaya tafsiran mimpiku.
Bulan mulia ini,terlalu banyak harapan dan impian aku yang perlu diterokai satu-persatu.Aku sedar aku manusia biasa yang mengganggap diri belum sempurna untuk menyempurnakan sebagai lelaki soleh.Siapalah aku ini?.Aku yang masih ada dendam terindah di hati,Membatukan diri berikrar selagi pintu tertutup ini dibuka dengan seikhlasnya tanpa sesal curiga serta ragu,tanpa dipaksa,terpaksa atau memaksa.Insya-allah,manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
MINGGU KETIGA
Syukur alhamdulllillah ke hadrat illahi,Aku telah melepasi beban ituSemuanya berkat kesabaran.Aku mula bangkit satu persatu.Setelah pulih daripada bisul,Lega yang teramat,Aku membuat keputusan nak membuat imej baru.Namun tak semena lain pula jadi,Ah!biarkan asal lain dan lebih hangat daripada biasa.Kejutan telah dibuat.Hahaha!Alangkah tergamam mereka memandang aku tiba-tiba muncul masuk ke dalam "Geng Surau" untuk menunaikan apa yang telah tertinggal.Rasa rimas juga bila diri menjadi pandangan mata.Peduli apa aku!.Sekejap saja redalah tu...Dekat-dekat nak raya ni.Aku akan sibuk seperti biasa tetapi tahun ini aku cuba kurangkan projek-projek khas hari raya bukan apa tak nak sejarah lama berulang lagi.Tak pernah dalam sejarah hidup aku boleh pengsan di pagi raya semuanya gara-gara terlalu penat hingga tak cukup tidur.Kesudahannya lena seharian tak sedar raya sudah masuk hari kedua.
Hairan,Kenapa sejak akhir-akhir ini aku mudah sakit perut biarpun tak pernah rasa alah pada makanan?.Bila aku sakit perut teringat pada sesuatu....sesuatu yang tak bisa digambarkan.

Minggu Terakhir Ramaddan
Berakhir sudah aku berada di bulan ramaddan al mubarak ini setelah pengumuman diperkhabarkan tarikh umat islam meraikan kemunculan anak bulan syawal yang jatuh pada 10 september 2010 sebagai tanda kemenangan kerana telah berjaya menempuh dugaan dan cabaran yang semakin mengamit perasaan.Pada kedewasaan masa ini terasa terlalu singkat buat aku mengakhiri detik itu.Meskipun ada terbit rasa kesal dan kecewa yang teramat kerana tak mampu menyahut seru itu.Apapun yang terjadi..Itu adalah kehendak Tuhan Yang Maha Esa.Aku di sini cuma menanti sesuatu yang pasti bukan yang dramatik.Kesempatan yang menyempit,Aku khuatir aku seperti sudah tiada harapan lagi untuk memilih antara yang baik atau yang jelik tetapi tuhan seakan menguji tahap kerapuhan raga manusia seperti aku.
SELAMAT TINGGAL RAMADDAN................!Jumpa lagi...,

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna....
BalasPadam