Baru-baru ini(memang dah lama teringin tapi tidak ada masa terluang) aku baru belajar cara menggunakan window maker movie.Rasa macam budak baru belajar begitulah lagaknya tapi berbaloi juga ada peluang buat filem pendek.Sebagai permulaan aku mencuba benda yang senang sahaja.Mula sekali buka window maker movie selepas itu klikkan pada TASKS selepas itu akan muncul MOVIE TASK di sebelah kiri di situ terdapat tiga langkah penting untuk membuat sesuatu projek.
Langkah 1 CAPTURE VIDEO
klik import audio or music pilihlah lagu kesukaan anda,ia akan automatik tersimpan didalam koleksi.Selepas itu klik import pictures pilih dan kumpulkan gambar sebanyak mungkin mengikut saiz minit yang ditetapkan.
langkah 2 EDIT MOVIE
klik make title or credits akan muncul title at begining klikkan dan tulis ayat-ayat terindah dan akhir sekali klikkan credits in the end untuk tuliskan ayat-ayat terakhir pada penghujung video
Selepas semua sudah dikumpul dalam koleksi pilihan.Jom kita mulakan projek video.Mula-mula letakkan lagu pilihan anda dibawah show storyboard kemudian letak gambar satu-persatu sampai mencukupi masa yang telah ditetapkan.Untuk anda sukakan yang lebih canggih klik view video transitions heretkan bentuk effects pilihan letakkan ke dalam gambar.Selepas itu klik play kemudian klik play timeline lihat hasil kerja anda.Ok bila sudah puas hati teruskan ke langkah terakhir.
langkah 3 FINISH MOVIE
Klikkan save to my computer
Nah! inilah hasil yang tak seberapa daripada aku yang terkapai-kapai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan