Jom kita masak sekarang.....!
MI BANDUNG
Bahan-bahannya
1kg mi kuning
10 tangkai cili kering(dibuang bijinya, direbus sampai lembut dan ditoskan)
1 labu kecil bawang putih(dlm 3 biji diketuk)
5 biji bawang merah
350 gram daging(direbus dan dipotong nipis)
1 liter air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
120 gram udang kering (direbus dengan secawan air)
200 gram udang hidup
50 gram sawi
50 gram kobis(dihiris)
200 gram gula pasir
telur ayam (ikut suka hati berapa banyak)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit daun bawang dan daun sup
CARA MEMASAKNYA
kisarkan cili kering bersama udang kering bersama air rebusannya,gula,bawang putih dan bawang merah hingga halus.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga sedikit garing.
Kemudian masukkan sos tiram bersama udang dan daging.Kacau rata.
Masukkan air rebusan daging,sayuran berserta garam.
Biarkan kuah mendidih sebentar dan pekat.Akhir sekali masukkan telur yang dipecah.
hidang dan hiaskan dengan menaburkan daun bawang dan daun sup.
MI KARI
BAHAN MI:
1 bungkus mi kuning
100gm tauge
50gm sawi
2 keping tauhu digoreng dan dihiris halus
1 batang daun sup dihiris halus
Bawang goreng secukupnya
BAHAN KUAH KARI:
200gm isi ayam dipotong
3 biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2sm halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kering
1 sudu makan udang kering
1 sudu makan rempah kari
500ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Untuk memasak kuah kari, panaskan minyak dan tumis bahan hirisan sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan pula ayam dan ubi kentang. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan santan dan perasakan. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, hidangkan bersama mi kuning, tauge, sawi, tauhu, daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan.
Aku perolehi resepi ini daripada majalah Rasa... emmmm sedapnyeee
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 10 dan digoreng separuh masak
300gm cili kisar
100gm rempah tumis
250gm puri tomato
175ml susu cair
150ml sos cili
150ml sos tomato
50gm daun ketumbar
50gm daun pudina
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan kisar:
150gm bawang besar
150gm bawang merah
100 gm bawang putih
100gm halia
3 batang serai
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan rempah tumis. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puri. Gaul sebati dan perasakan.
4. Masukkan susu cair dan didihkan sehingga kuah menjadi garing.
5. Akhir sekali, apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam goreng tadi dan biarkan sehingga masak. Gaul sebati.
6. Akhir sekali, taburkan daun pudina dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
Masakan ini sebenarnya mempunyai pelbagai variasi mengikut citarasa berbeza daerah-daerah di sarawak. Bagiku sebagai anak jati kelahiran daerah simunjan,Lazimnya kita orang selalunya letak sayur midin,cendawan hitam,bersama udang kering sebagai menu utamanya.(tapi aku tak suka dengan sayur midin...hehehe alergik).
BUBUR PEDAS SARAWAK
Bahan-bahan:
1 peket pes bubur pedas Sarawak
100gm daging - direbus dan dihiris
3 biji ubi kentang
50gm kulat bibir
50gm kacang panjang
30gm suhun
30gm tauhu kering
1 helai daun kunyit
3 sudu makan cili kisar
2.5cm belacan
200ml santan
100 air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, belacan, pes bubur pedas Sarawak dan daging. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan air dan santan. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang dipotong kecil tadi dan perasakan.
4. Sedia untuk dinikmati.
IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan gula
1 sudu makan cuka
200gm minyak masak
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak sekali lagi. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sedikit air, gula dan garan secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih dan pekat.
4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, tuangkan ke dalam masakan tadi bersama cuka.
5. Apabila kuahnya agak pekat, angkat dan tuangkan ke atas ikan tadi.
6. Sedia dihidangkan.
Masakan ini adalah kesukaan makku,Kalau ada je ayam sudah semestinya resepi ni digunapakai
yammm...laparnya boleh sampai menjilat jari
AYAM MASAK ROS
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 14
125ml cili kisar
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
½ tin susu cair
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm buah pelaga
5gm bunga cengkih
3 batang serai diketuk
125ml tomato puri
Bahan kisar:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2sm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar bersama serai dan biarkan hingga garing.
4. Apabila garing, masukkan sos cili dan sos tomato kemudian ayam yang siap digoreng. Kacau rata.
5. Tuangkan susu cair bersama tomato puri. Kacau hingga sebati dan biarkan masak hingga kuahnya agak pekat.
6. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa dan angkat.
Resepi ini untuk mak aku,Entahlah sampai sekarang tak tahu macam mana nak masak nasi ayam yang lebih sedap.Alah senang aje....
NASI AYAM
Bahan-bahan:
1kg beras
200 gm bawang merah
200 gm bawang besar
100 gm bawang putih diketuk
1½ liter stok ayam
3 helai daun pandan
50 ml minyak bawang putih
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk bersama air stok ayam.
2. Masukkan bawang-bawang yang dimayang, daun pandan, minyak bawang putih, lada sulah dan air stok ayam dan garam secukup rasa..
3. Tanak sehingga masak.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
400gm daging (dipotong kecil)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4sm halia
2 batang serai
3 sudu besar pes cili
1 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula perang (lebih jika perlu)
Minyak untuk memasak
Garam dan sedikit santan jika suka
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali yang lain serta tumiskan bahan kisar dan masukkan cili pes. Biar garing kekuningan.
2. Setelah bahan ditumis kekuningan,
3. Masukkan daging dan kaup balikkan. Masukkan bahan hiris, kerisik, gula dan sedikit
garam serta santan. Tutup periuk
4. Turunkan suhu api dan biar sebentar. Alihkan dari periuk dan hidang panas.
LAKSA NYONYA
Bahan A
250 gram mi kuning
Bahan untuk dikisar:
200 gram bawang besar
50 gram kunyit hidup
50 gram bawang putih
80 gram bawang merah
1 batang serai
30 gram halia
50 gram lengkuas
50 gram belacan
Bahan B
3 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum
120 gram cili merah
100 gram cili kering
500ml santan
1 tin susu cair
5 keping tauhu
100 gram taugeh
garam secukup rasa
Cara memasaknya:
Tumis semua bahan yang dikisar halus.Kita masuk santan,dan susu cair.Biarkan mendidih barulah diletakkan garam, bunga kantan,daun kesum,dan tauhu.Siap untuk dihidang dengan cili
Tiada ulasan:
Catat Ulasan