Ahad, 12 Disember 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU 2010

Bulan disember ini memang banyak undangan untuk meraikan hari yang terindah dan bersejarah dalam hidup mereka yang bergelar pasangan raja sehari.Tahniah diucapkan semoga bahagia menempuh alam perkahwinan.
































Masa inilah juga aku sibuk mengasah bakat dalam bidang fotografi terutama genre busana fesyen serta foto perkahwinan yang kini menjadi hobi.Walaupun masih amatur sekurang-kurang kita mencuba dan berani ke hadapan.Rupa-rupanya susah juga hendak mendapatkan foto yang bermutu.Kita perlu menghadapi pelbagai situasi demi merakam suasana indah di majlis yang sedia maklum sesak dengan para pengunjung yang bertandang ditambah pula kamera digital cipuk(kesian...sedihnya sebab taklah canggih sangat serba dengan kekurangan).Aku sedaya upaya dengan sepenuh tenaga kudrat kena mencari sudut,cahaya dan aura.Tak apalah walaupun kadangkala tidak puas hati dalam beribu gambar diklik cuma satu dua aje yang paling menarik di mataku.














Inilah hasil yang aku dapat......

















































Disini merupakan koleksi foto pilihan terbaik aku;















KOLEKSI FOTO SEPANJANG 2010





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan