:: KEK CAWAN KRIMO ::
Bahan-bahan:
120gm tepung mufin
50gm gula halus
40gm serbuk koko
30gm mentega
4 keping biskut Oreo | dikisar
4 biji telur
50ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Cip coklat secukupnya
Cara memasak:
1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul rata.
3. Seterusnya masukkan tepung mufin, susu cair, cip coklat, serbuk koko dan serbuk biskut Oreo. Pukul hingga sebati.
4. Setelah itu masukkan esen vanila dan pukul sekejap.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180c selama 30 minit.
6. Akhir sekali, hiaskan dengan coklat berwarna warni dan buah anggur. Sedia untuk dimakan.
Bahan hiasan:
Gula-gula warna warni secukupnya
Buah anggur secukupnya
RESEPI INI DIPEROLEHI DARIPADA MAJALAH RASA
Nutella Mug Cake
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.
2. Kacau rata sampai sebati.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut citarasa
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.
2. Kacau rata sampai sebati.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut citarasa
resepi ini diperolehi daripada : irma
Choco Cheese Marble Cupcake
Bahan A
250 gram mentega
250 gram gula kaster
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gram serbuk koko, diayak
360 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak
Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
Cara:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata.
2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.
4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas.
***jika mahu lebih banyak resepi lain yang sedap-sedap singgahlah kat sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan