Rabu, 15 Jun 2011

CERCITER.........FILEM NUR KASIH


Yang ditunggu-tunggu akhirnya tercapai jua hasrat hendak menonton filem ni...walaupun cuaca sekarang semacam tidak mengizinkan tetapi punggungku terasa gian mahu duduk sebaris dengan mereka yang menunggu sekian lama.
Mulanya aku fikir ini pasti filem bakal mengusung bantal lengan untuk beradu ditambah pula berhawa dingin.Nampaknya sangkaan aku meleset.Boleh tahan juga filem ini biarpun gelombang perasaan ingin tahu kesudahan perkembangan plot filem ni terganggu konsentrasi sedikit akibat separa beku yang melampau...kesian aku,Mengigil semacam...baju tebal pun tak mampu menahan kesejukkan.Sudah kelaziman...tak biasa dengan penghawa dingin tahap maksimum.
Aku memang tak pernah melihat filem berunsur keislaman apatah lagi cinta-cintun di pawagam kerana sudah pasti tidurlah jawapnya.
Namun filem "Nur Kasih" memang berbeza.Ini adalah antara hasil karya terbaik daripada Khabir Bhatia.Filem ini mempunyai estetika tersendiri yang mengandungi pelbagai fisologi.Sememangnya cukup rasa suka,duka,marah,hampa,kecewa dan sebagainya.
Sinemafotografinya bagi saya sangat mengagumkan kerana meletakkan budaya timur dan barat yang seimbang.Meskipun,teknik "CGI" banyak penonton(yang ada ilmu bikin filem) yang merungut tak menjadi.Aku tidak tahu apa salah dan silapnya?.Bagi aku sedikit pun tidak mencacatkan pemandangan mata.Banyak adegan suspen ditambah untuk mendebarkan penonton sebagai penggerak jalan cerita terutamanya babak pergaduhan remaja samseng.
plot cerita "Nur Kasih" nampak klimaksnya menjadi dan terjawap segala pertanyaan di penghujung.Ia membuatkan penonton meruntun airmata tetapi pada pendapatku sebagai pengkarya,teknik penceritaan ini sudah pun digunapakai oleh orang pemikir seni namun dengan kebijaksanaan diubah sedikit agar tidak stereotaip.Watak "Adam" hampir dimatikan kerana didapati kerosakan jantung tetapi diselamatkan oleh anak muridnya yang menderma jantungnya setelah mati dipukul teruk oleh samseng remaja kerana menyelamatkan "Aidil".
Antara babak yang masih berlegar di kepalaku ialah di mana adegan perjanjian Adam kepada Allah demi merayu agar Nur Amina selamat selepas letupan keretapi supaya bergalang ganti nyawanya.Kira menyentuh hatiku jua.
Untuk babak sedih....tak payahlah nak diceritakan...,tengoklah sendiri...,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan