Ahad, 15 Januari 2012

RESEPI SUP

SUP CENDAWAN
BAHAN-BAHANNYA :
800ml air
200gm susu rendah lemak
1 ketul kiub pati ayam
Cendawan butang secukupnya - dihiris
Garam secukup rasa
Ajinamoto secukup rasa
1/2 cwn tepung gandum - dibancuh dgn sedikit air

Cara-cara membuatnya :
Panaskan air. Bila menggelegak, masukkan susu. Kacau sekejap.
Masukkan kiub pati ayam dan cendawan.
Tuang bancuhan tepung gandum. Kacau sebatikan dengan air rebusan tadi.
Perasakan dengan garam dan ajinamoto. 
Kacau hingga kepekatan. Tutup api. 
Sedap dimakan panas dengan roti bakar bersapu marjerin bawang putih.




SUP AYAM BERKRIM 


BAHAN-BAHANNYA :

60 gm mentega.
1 biji bawang labu dipotong dadu.
2 ulas bawang putih 
1/2 cawan atau 60gm tepung gandum biasa.
1 liter air stok ayam (sila lihat penyedian stok ayam).
1 ketul daging ayam bahagian dada dihiris halus.
1/4 krim berat atau 1/2 tin susu cair (Evaporated Milk).
2 tangkai daun parsley atau daun tyme dihiris halus untuk taburkan di atas sup kalau tidak ada pun boleh guna daun saleri atau daun  ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk dan masukkan mentega. Masukkan bawang dan goreng dgn api sederhana 2-3 minit sehingga bawang lembut. Masukkan bawang putih, goreng 2 minit. Masukkan tepung gandum dan kacau serata selama 1 minit. Api dapur jangan terlalu keras kalau boleh alihkan periuk dari api dapur supaya tepung anda tidak hangus.
2.  Masukkan hirisan ayam dan stok ayam (air rebusan ayam). Sentiasa kacau (menggunakan pemukul telur) serata sehingga sup menjadi pekat dan mendidih. Kecilkan api dan masukkan krim. Kacau sup anda serata selama dua minit. Masukan garam (sekiranya gunakan stok ayam ikut panduan air yang tertera di kotak stok ayam dan garam tidak diperlukan), serbuk lada putih dan perasa makanan mengikut kehendak anda. Semasa hidangkan taburkan daun thyme atau parseley di atas hidangan anda. Sup anda telah siap.
3. Sup ini boleh juga masukkan cendawan, kiub lobak, kentang dipotong kiub atau seleri dipotong halus mengikut selera anda.
CARA PENYEDIAAN STOK AYAM( AIR REBUSAN AYAM / CHICKEN STOCK.
BAHAN-BAHAN:
2 kg tulang ayam (kerangka ayam boleh diperolehi di pasaraya atau di pasar).
1/2  bawang labu hanya dikupas saja.
2      batang lobak di potong dadu.
2      batang seleri dihiris termasuk daunnya.
3.5  liter air.
1      ikat daun parsley.
CARA-CARA:
1. Dengan api dapur sederhana didihkan air dan tulang ayam (kerangka). Setelah air mendidih, Keluarkan bahan asing dan buih yang terapung di permukaan air. Masukan satu ikat daun parsley (mengikat tangkai bersama). Masukkan 15 biji lada hitam bersama dengan lobak, bawang dan batang seleri yang dihiris. Masak tulang ayam sekurang-kurangnya 3 jam. Tapis airnya dengan mengunakan penapis dan jus dari sayuran perlulah ditekan dan dikeluarkan.
2. Masukkan air rebusan itu ke dalam peti sejuk dibahagian beku. Apabila lemak di permukaan atas rebusan ayam itu beku, keluarkan lemak yang telah pejal dan terapung. Stok ayam anda telah sedia. Sekiranya anda menyimpan dibahagian dingin peti sejuk, boleh digunakan dalam tempoh 2-3 hari saja. Tetapi sekiranya digunakan tempat beku anda boleh gunakan stok ayam ini sehingga 8-12 bulan. Anda akan perolehi 2.5 liter stok ayam.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan