Jumaat, 17 Februari 2012

RESEPI SAMBAL

WOW!!!,kalau diceritakan tentang sambal sememangnya sebahagian appertize yang sinonim dengan masyarakat melayu dan seantero nusantara.Banyak variasi sambal yang mahu dikongsikan kepada para peninjau blog...,Aku akan cuba mencari dan kumpulkan resepi SAMBAL untuk dimuatkan ke dalam entri ini....,

mula-mula aku nak kongsikan resepi sambal yang paling ringkas,HUH!buat malu jer kalau tak tahu buat sambal ni sedangkan budak kecik 3 tahun pun boleh buat...,

SAMBAL KICAP
sebelum buat kenali dulu bahan utamanya kalau tak......,tak menjadilah jawapnya...





SAMBAL KICAP UNTUK ULAM BUAH-BUAHAN :
BAHAN-BAHANNYA :

CILI
GULA
BELACAN
IKAN BILIS
KICAP

CARA MEMBUATNYA ;
tumbuk belacan,ikan bilis dan cili hingga lumat.Campurkan gula dan kicap.Siap

SAMBAL KICAP UNTUK CECAH MAKANAN BERPANGGANG
BAHAN-BAHANNYA :

LIMAU KASTURI
CILI
BAWANG PUTIH
KICAP

CARA MEMBUATNYA ;
tumbuk cili dengan 2-3 ulas bawang putih hingga lumat,letakkan air perahan limau kasturi atau limau nipis kemudian masukkan kicap.

SAMBAL KICAP UNTUK BUBUR
BAHAN-BAHANNYA :

CILI
IKAN BILIS
KICAP

CARA MEMBUATNYA :
gorengkan cili bersama ikan bilis hingga rangup.Toskan minyak kemudian tumbukkan hingga lumat.Campurkan dengan kicap.


JOM BUAT SAMBAL YANG PALING REMEH TAPI SEDAP DIMAKAN


SAMBAL PETIS(sebut betul-betul P....tis bukan betis ya)

BAHAN-BAHANNYA ;

alamak lupa lak pulak resepinya...... kita sambung minggu depan,Tunggggu...


SEMINGGU KEMUDIAN....

Assalammualaikum..., alhamdullillah jumpa lagi kita,

tau-tau jerlah muda lagi nak nyanyuk mudah terlupa...

Oh!ya tentang bahan-bahan tadi... cepat cari sampai dapat yer...ni resepi special daripada sarawak,


Bahan-bahannya...

1 botol besar kicap soya pekat

1 botol sos cili( 1 kg bungkus)

1 kg gula apong (kalau tak ada... gula biasa atau gula melaka pun boleh cuma rasa sajer lain sikit)

1 bungkus belacan

1/4  cili kering yang dikisar halus (kalau malas sangat guna ajer cili boh)

350 gram bijan(digoreng garing tanpa minyak)

sedikit garam

sedikit tepung jagung

Cara Membuatnya :

Mula-mula gunakan kuali besar takut tak muat pulak...,Panaskan kuali kemudian cairkan gula apong dengan sedikit air,barulah letakkan kicap soya pekat,sos cili,belacan dan cili kisar tadi.Gaulkan sehingga belacan tidak berketul.lagi.letakkan sedikit garam,sedikit gula(jika kurang manis) dan bijan.Untuk memekatkan lagi kuah sambal petis ini tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung.Gaul lagi sampai rata dan betul-betul pekat  berwarna hitam kilat.Proses ini memakan masa antara 2-3 jam.Api perlu dikawal sederhana takut nanti hangit(orang kata sudahlah hitam hangit pulak tu..).Siap,sejukkan sebelum dihidang.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan