Drastik benar hidup ini...bukannya apa...? Rasa terbeban di tangan ini untuk berbakti...karya ilham terkeluar dari penjuru otakku yang tengah kusut.Oh My Jari...!Sumpah...!tak nak lagi pegang jarum dan benang...Bila bertemu..mulalah nak cari bahan utama...manik dan labuci..Dengan ini,aku telah dinobatkan "Mat Manik Labuci"..Oh tidak...!!!!Selamatkan aku dari terus terjebak...Simpanlah jadi kenangan.
Cara Membuat Bunga Raya Manik
chop!!Mana pula buku manik yang ku beli tu..apa!!! hilang...!!!,Ini buat aku naik bengang..Nasib baik otak aku masih berfungsi..Ingat-ingat lupa.
mula-mula kita buat kelopak bunga raya yang pertama dahulu...,ambil 3 biji manik tak kisah kalau nak bunga besar pakai manik besar kalau nak bunga kecil gunalah manik kecil.Kita ikutkan langkah 1 seperti yang gambarrajah di atas iaitu masukkan benang ke dalam manik yang pertama kemudian yang kedua dan ketiga lepas itu kita masukkan benang ke dalam manik yang pertama untuk dimatikan ketat supaya tidak longgar.Seterusnya ikut langkah 2,kita naikkan benang dan masukkan benang itu ke dalam manik yang pertama menusuri manik kedua,Kita tambah 3 biji manik dan matikan benang ke dalam manik ketiga.Ulangi proses yang sama sehingga sampai membentuk 5 biji manik tambahan.Cara untuk matikannya ialah dengan ulang balik benang ke arah bahagian kiri pada 5 biji manik tadi dan kita tambahkan 4 biji manik.Ulangi proses yang sama sampailah hujung.Matikan benang dibelakang kain.
Peningnya proses ni...tapi tak nak seribu dalih hendak seribu daya...,cuba jangan tak cuba...pening lagi...cuba guna kaedah bergambar ni...
langkah 1
langkah 2
langkah 3
siap sudah satu kelopak bunga raya...
sudah berminggu buku tu hilang akhirnya dijumpai....syukuran,hmm..Untuk pengetahuan am anda melalui buku tu...nama teknik sulaman ini ialah teknik PEYOTE FRANGIPANI atau lebih dikenali sebagai teknik bunga kemboja peyote..Ia adalah asas kepada semua jenis sulaman manik..Macam-macam sulaman manik dapat digubah dengan menggunakan teknik ni..
Tq bro... saya rase blog awak ni jugak yg menarik hati saya.. cakap takde bunga2 and tadak kedekut ilmu.. Tq bro moga anda mendapat kebahagiaan hidup di dunia and akhirat.. saya nak start jahit manik bunga raya ni.. walaupun pening tapi akan ku coba hengga berjaya!!
BalasPadamInsya Allah!!
Tq...berusaha tangga kejayaan,ni dikira paling senang dlm teknik sulaman manik 3D..aku dulu pun 3 jarum asyik patah..belum lagi patah hati...don't give up,Chayok!!chayok!!chayok!!
Padam