SEKEBUN CINTA NUR SYUHADA
*********************************
Di daerah ketenangan ini,
Ada sebuah kebun bunga cinta,
Milik seorang gadis bernama nur syuhada,
Senyumnya mekar menabur benih-benih kasih,
Rasa sayang yang menghijau,
Tumbuhnya merimbun hati suci,
Mewangi segenap jiwa girang,
Meredup suasana siang,
Nian adiwarna melukis imaginasi,
Awan dan pelangi,
Bertemankan tingkah rama-rama,
Bernyanyi gembira bersama kicauan burung,
Oh!indah dunianya.......,
Oh!indah impiannya......,
Tiba-tiba datang mereka durjana,
Dengan tangan-tangan kebencian,
Memadamkan warna pelanginya,
meluruhkan seri bunganya,
Dapatkah Kau mendengar.....?
Doa-doa simpati dia,
Dapatkah aku mendengar....?,
Jerit tangisan dia,
Selamatkanlah pelangi dia,
Selamatkanlah bunga dia,
Selamatkanlah harapan dia,
Selamatkanlah kebun cinta dia,
Selamatkanlah segala dia,
Hanya mampu aku rayu.....,
Pulangkanlah...dia,

KISAH CINTA DI AWANGAN
-----------------------
Pertemuan ini,
Terjadi diundang sangka,
Sedetik rasa belas kita,
Bagaikan jatuh ke kota mimpi,
Membingkis kerajaan jiwa,
Terpanah tepat di pintu hati,
Penuh debarnya oh Tuhan!,
Sejauh mana percaya,
Ada secebis jalinan cinta,
menganyam senyum dan mengukir ruang memori,
Penuh indahnya oh Tuhan!,
Membuka ceritawara riwayat ini,
Dahulunya penuh luka lara,
Walau singkat waktu begini,
Kita telah terpisah jauh resah,
Penuh ranjaunya oh Tuhan!,
Terlanjurlah aku terbuang di persimpangan,
Sesat dalam perjalanan kerana leka dengan kepalsuan,
Terhenti satu persatu impian,
Lalu ada yang terlupa,
Pada kisah cinta kita,
Terpukul hebat karam di awangan,
Terjagalah kita dari kenyataan,
Aku dan dirimu kini,
Bersatu kasih kembali,
Dalam harapan,
Penuh restuMu oh tuhan!,



ABSTRAK MATA
***************
DALAM MATA SEBEKAS KACA ITU,
MENITIS RINTIHAN EMBUN BERDEBU PILU,
DARI BAU-BAUAN BERBAUR BASAH BERSIH,
MELUKIS PELANGI DI LAYAR KERTAS PUTIH,
AKU SAMA MENGHANYUT KE HUJUNG BIBIR,
MENGHIRUP NIKMAT IMPIAN SECANGKIR,
PANAS JUA AKU MEREDAH LEKANG DI DADA,
DINGIN JUA AKU NYATA NYAMAN DIRASA,
DALAM MANIS PEKAT MELEPAS MASA,
ENDAHKAH AKU MELUPAKAN KATA-KATA LEKA,
CUMA PERCUMA KEHABISAN KARENAH,
MELAYAN ABSTRAK-ABSTRAK ANEH ENTAH,
MENGUJA IMAGINASI YANG BERLARI,
TINGGALKAN SECEBIS ROTI,
UNTUK CINTA MASA DEPAN,

LAVENDAR
_________
Belum puas aku,
Menatap sejernih wajahmu,
Kau bagaikan bayangan kalbu,
Takkan sukar berganjak aku,
Yakin ku teguh sedepa seinci dengan sepasang kaki,
Melangkah memijak duniamu,
Belum sempat aku,
Menoleh seisi jelikku,
Kau cuba hilang di sisi gelap mataku,
Batinku goyah bertandang malu,
Senyum sinis meniti sembilu,
Kau ratu merobek hatiku,
Maafkanlah kekhilafanku,
Siapalah yang tahu di sebalik tarian cintamu?,
Siapalah yang mahu di sebalik tingkah hebatmu?,
Hanya aku,
Inderaku,
Saktiku,
Kerana tersusuk semerbak haruman lavender kamu,
Mengalahkan picisan serpihan mimpi-mimpi,
Yang jatuh ke riba malam pekat,
Padamu dewi jadi milikku,
memecah ingatan yang berkecai,
Semalam adalah bukan syurga kamu lagi,
Hari ini,
Berterbanganlah engkau mencecah ke langit biruku,
Biarku rangkulmu,
Agar kau takkan pilu dan buntu,
Itu janjiku,
*********************************
Di daerah ketenangan ini,
Ada sebuah kebun bunga cinta,
Milik seorang gadis bernama nur syuhada,
Senyumnya mekar menabur benih-benih kasih,
Rasa sayang yang menghijau,
Tumbuhnya merimbun hati suci,
Mewangi segenap jiwa girang,
Meredup suasana siang,
Nian adiwarna melukis imaginasi,
Awan dan pelangi,
Bertemankan tingkah rama-rama,
Bernyanyi gembira bersama kicauan burung,
Oh!indah dunianya.......,
Oh!indah impiannya......,
Tiba-tiba datang mereka durjana,
Dengan tangan-tangan kebencian,
Memadamkan warna pelanginya,
meluruhkan seri bunganya,
Dapatkah Kau mendengar.....?
Doa-doa simpati dia,
Dapatkah aku mendengar....?,
Jerit tangisan dia,
Selamatkanlah pelangi dia,
Selamatkanlah bunga dia,
Selamatkanlah harapan dia,
Selamatkanlah kebun cinta dia,
Selamatkanlah segala dia,
Hanya mampu aku rayu.....,
Pulangkanlah...dia,

KISAH CINTA DI AWANGAN
-----------------------
Pertemuan ini,
Terjadi diundang sangka,
Sedetik rasa belas kita,
Bagaikan jatuh ke kota mimpi,
Membingkis kerajaan jiwa,
Terpanah tepat di pintu hati,
Penuh debarnya oh Tuhan!,
Sejauh mana percaya,
Ada secebis jalinan cinta,
menganyam senyum dan mengukir ruang memori,
Penuh indahnya oh Tuhan!,
Membuka ceritawara riwayat ini,
Dahulunya penuh luka lara,
Walau singkat waktu begini,
Kita telah terpisah jauh resah,
Penuh ranjaunya oh Tuhan!,
Terlanjurlah aku terbuang di persimpangan,
Sesat dalam perjalanan kerana leka dengan kepalsuan,
Terhenti satu persatu impian,
Lalu ada yang terlupa,
Pada kisah cinta kita,
Terpukul hebat karam di awangan,
Terjagalah kita dari kenyataan,
Aku dan dirimu kini,
Bersatu kasih kembali,
Dalam harapan,
Penuh restuMu oh tuhan!,



ABSTRAK MATA
***************
DALAM MATA SEBEKAS KACA ITU,
MENITIS RINTIHAN EMBUN BERDEBU PILU,
DARI BAU-BAUAN BERBAUR BASAH BERSIH,
MELUKIS PELANGI DI LAYAR KERTAS PUTIH,
AKU SAMA MENGHANYUT KE HUJUNG BIBIR,
MENGHIRUP NIKMAT IMPIAN SECANGKIR,
PANAS JUA AKU MEREDAH LEKANG DI DADA,
DINGIN JUA AKU NYATA NYAMAN DIRASA,
DALAM MANIS PEKAT MELEPAS MASA,
ENDAHKAH AKU MELUPAKAN KATA-KATA LEKA,
CUMA PERCUMA KEHABISAN KARENAH,
MELAYAN ABSTRAK-ABSTRAK ANEH ENTAH,
MENGUJA IMAGINASI YANG BERLARI,
TINGGALKAN SECEBIS ROTI,
UNTUK CINTA MASA DEPAN,

LAVENDAR
_________
Belum puas aku,
Menatap sejernih wajahmu,
Kau bagaikan bayangan kalbu,
Takkan sukar berganjak aku,
Yakin ku teguh sedepa seinci dengan sepasang kaki,
Melangkah memijak duniamu,
Belum sempat aku,
Menoleh seisi jelikku,
Kau cuba hilang di sisi gelap mataku,
Batinku goyah bertandang malu,
Senyum sinis meniti sembilu,
Kau ratu merobek hatiku,
Maafkanlah kekhilafanku,
Siapalah yang tahu di sebalik tarian cintamu?,
Siapalah yang mahu di sebalik tingkah hebatmu?,
Hanya aku,
Inderaku,
Saktiku,
Kerana tersusuk semerbak haruman lavender kamu,
Mengalahkan picisan serpihan mimpi-mimpi,
Yang jatuh ke riba malam pekat,
Padamu dewi jadi milikku,
memecah ingatan yang berkecai,
Semalam adalah bukan syurga kamu lagi,
Hari ini,
Berterbanganlah engkau mencecah ke langit biruku,
Biarku rangkulmu,
Agar kau takkan pilu dan buntu,
Itu janjiku,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan