Rabu, 8 September 2010

CERPEN BLOG EDISI 2





SINOPSIS

Mengisahkan seorang pemuda bernama Idrus yang mempunyai kekasih bernama Yuen low .Idrus merupakan seorang jurugambar manakala yuen low merupakan seorang model peragawati terkenal.Satu hari idrus mendapat kemalangan jalanraya setelah pulang dari pesta meraikan kemenangan kerana gambar miliknya tersenarai dalam anugerah fotograf terbaik peringkat dunia.Idrus telah koma,membuatkan hati yuen low sedih hati.Dalam mengubati jiwa yang gundah.
Yuen low secara tak sengaja telah bertemu dengan seorang pemuda buta yang sedang khusyuk membaca al quran di sebuah taman bunga.Di situlah bermulanya detik perubahan dalam hidup mereka.



KETIKA CINTA MEMANGGILMU




Di ruangan ini,Hitam,Gelap-gelita malah semakin tenggelam dalam kesamaran.Tanpa suara untuk didamba serta tanpa waktu untuk menentukan arah tujuan hidup.Aku bertanya sendiri.Di manakah aku berada sekarang?.Ke mana hilangnya wajah-wajah di muka bumi ini?.Entah!,Kenapa dengan aku?.Begini mendingin,sayu dan sepi.Hati seakan mahu menjerit kerana terperangkap dalam dimensi yang berbeza.Hanya tinggal sisa-sisa serpihan memori yang dikutip untuk dijadikan kenangan sepanjang perjalanan ke akhir usia.Acapkali diputarkan pelusuk minda sekadar hanya untuk menyakiti jiwa kian kental namun sekental mana jiwa manusia pasti akan tersentap demi kasih yang tak terbelah bagi lalu gugur airmata.Itu bukan tandanya sebagai kelemahan ketara tetapi semangat berani yang tak pernah pudar.
Kedengaran satu suara yang mengalunkan kalimah suci dengan taranum shoba yang penuh indah bergelombang memecahkan keheningan syahdu di dalam gegendang deria telinga.Nyaring dan merdu.Begitu mengasyikkan dan tersirat setiap baris ayat-ayat itu untuk dimengerti berbunyi;
" Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan(ingin mendapat)limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu(untuk menjadikan mereka)melebihi sebahagian yang lain(tentang harta benda,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)(kerana telah tetap)orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan pula bahagian dari apa yang mereka usahakan;(maka berusahalah kamu)dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya.Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Surah An-Nisaa ayat 32




1 ulasan: