Ahad, 12 Disember 2010

cara mendapatkan kembali gambar dalam memori kad

Baru-baru ini aku bengang bertambah pening berpusing di kepala macam mana nak buat dengan memori kad yang meragam seperti "write proteced".Di saat aku memerlukan gambar untuk diaudit dan dimuat turun ke dalam komputer.
Nasib baiklah gengblogger Encik Khairulnizam sudi membantu.Terima kasih banyak-banyak.Budi anda tak dapat aku balas dengan kata-kata,Hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya dengan seribu rahmat.Walaupun mula-mula aku kurang mengerti dengan penerangan dari Encik khairul tetapi setelah satu-satu aku mencuba akhirnya berhasil.Sekarang giliran anda yang senasib dengan aku.Cuba ikuti langkah ini;

LANGKAH 1

Mula-mula kita cari software ini

http://www.piriform.com/recuva


yehhh!Sukanya hati kerana ini adalah software download yang percuma.Klik pada "download from pirifrom.com"Selepas selesai download,Kita pasangkan memori card ke dalam usb removable kemudian buka software recuva akan terpapar WELCOME TO RECUVA klik pada next.Ia akan keluar




kemudian klik pada next akan tertera "File location (where were the files)" pilih "I'm not sure(search everywhere on this computer)***sorry tidak ada gambar contoh***.Klik lagi pada next dan start.Kita mulakan pencarian gambar yang hilang.









Jika kita gagal kali pertama ini bermakna memang sah memori kad itu pembawa masaalah besar masa itulah kita menjerit sekuat hati melepas geram kerana kecewa dan sedih tetapi jangan khuatir kita cuba kali yang kedua.Kita klik pada kotak "Enable deep scan".Ia akan mencuba 'scanning' memori kad itu.Masaalah makin bertambah.Ia akan benar-benar menguji tahap kesabaran anda.Ini kerana kita perlu melepasi "stage 3".Dari stage 1 hingga ke stage 2 memakan masa yang agak lama iaitu 1 jam 15 minit seterusnya menuju stage 2 hingga ke stage 3 memakan masa 1 jam 15 minit bermakna 3 jam lebih sakit mata menahan pancaran sinar ultraviolet lcd.Kita perlukan makanan ringan dan air susu al maklumlah laparnya perut berkeroncongan menanti perjalanan trafik lalulintas berwarna hijau.Fuhh!Akhirnya penantian satu penyiksaan pun berakhir.Kita klik pada perkataan yang tertera "Swicth to advanced mode" akan terpapar contoh yang berada di bawah ini;




Akhirnya kita jumpa juga gambar yang telah hilang.Klikkan pada filename dan recover ke dalam fail komputer.Jika terdapat beribu-ribu lemon keluar gambar dalam fail kita.Cuba buat satu fail baru untuk menyimpan gambar yang secara tiba-tiba "over'lah pulak kita minta satu diberi 10.Makin penuhlah dalam Recycle Bin.Yang penting gambar kesayangan kita sudah dapat dikembalikan dengan selamat.Yahoo!!!.

1 ulasan:

  1. entry yg sgt berguna dgn masalah besar yg sy hadapi sekarang ni..tq!

    BalasPadam