Selasa, 12 Julai 2011

RESEPI UNTUK RAMADHAN

belebab


Pejam kelip pejam kelip rupanya tak lama lagi bulan ramadhan bakal tiba...Masa nilah aku sibuk mencari resepi masakan terutamanya kuih-muih sebagai pemanis selera ketika berbuka...Macam biasa aku ni sebenarnya malas sikit hendak membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan...Tak tahan iman,rambang mata...tapi bila sudah beli tak sedap pulak...,kan dah membazir terbuang.
Lebih baik buat sendiri(Walaupun tak seberapa)....,kita sedekahkan kepada jiran adalah dapat pahala....Ayuh!mari kita cuba resepi yang aku entrikan ni.....Maaf...tak ada gambar hanya pakai imagin jer ye....kalau nak juga terpaksalah aku cari dalam google.....

RESEPI KUIH TRADISIONAL

BELEBAB
Bahan-bahannya :
  • 480 gm tepung beras
  • 120 gm gula pasir
  • 2 biji kelapa parut(diperah ambil santan)
  • 2 ketul ubi keledek merah
  • daun pisang secukupnya untuk membungkus
cara memasak

campurkan santan kelapa,tepung beras,gula dan sedikit garam.Tapis dan panaskan ke dalam kuali. Kacau hingga separuh masak.Masukkan ubi keledek yang dipotong segiempat sederhana dan kacau dengan rata.Tutup api,rehat seketika kemudian baharulah dibungkus dengan daun pisang ala-ala kuih koci dan kukuskannya sehingga masak kira-kira 20 minit.

KOLEH KACANG
Bahan-bahannya :

  • 1 paket tepung kacang hijau
  • 2 liter santan
  • 3 keping gula manisan(gula melaka pun boleh tapi tempat kitaorang pakai gula apong)
Cara membuatnya :

Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati di atas api yang sederhana.Kacau lagi sehingga masak.Kemudian tuangkan ke dalam loyang.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

TALAM PULUT HITAM
Bahan-bahannya :
Bahan lapisan atas
  • 2 biji telur
  • 80 gm gula kastor
  • 250 ml santan (1/2 biji kelapa)
  • 50 gm tepung hoen kwee
  • beberapa titik pewarna merah
  • garam secukup rasa
Bahan lapisan bawah
  • 70 gm beras pulut hitam(direndam selama 8 jam)
  • 1 liter air
  • 60 gm gula pasir
  • 60 gm tepung beras
  • 400 ml (1/2 biji kelapa)
  • garam secukup rasa
Cara untuk membuatnya :

Masakkan pulut hitam dengan air hingga kembang.Tapis dan buang airnya.Kacau adunan tadi kemudian masukkan gula pasir,tepung beras,santan dan garam di atas api yang perlahan sehingga naik wapnya.Untuk peringkat seterusnya,Masukkan pulut hitam.Kacau rata hingga sebati.Baharulah kita tuangkan ke dalam loyang berukuran 22 cm persegi yang telah dilengser dengan minyak.Kukus adunan tadi selama 20 minit.Untuk bahagian atas,Satukanlah kesemua bahan.Tapiskan dan tuang ke atas lapisan pulut hitam.Kukus lagi selama 30 minit.Biarkan ia sejuk sebelum dipotong.

KUIH LAPIS
Bahan-bahannya :
  • 400 gm tepung beras
  • 700 gm gula
  • 400 ml air sejuk
  • 400 ml air suam
  • 200 ml santan pekat(2 biji kelapa parut)
  • pewarna merah
Cara membuatnya :

Campurkan tepung beras dan gula.Kacau hingga sebati.Masukkan air sejuk dan kemudian air suam dan seterusnya santan.Bahagikan kepada dua bahagian.Salah satu dicampurkan dengan pewarna merah.Kemudian kukuskan selapis demi selapis diselang warna.Apabila sejuk baharulah dipotong dan dihidangkan.

APAM PISANG
Bahan-bahannya :
  • 8 biji pisang (untuk sukatan 1 gelas)
  • 1 gelas santan
  • 1 gelas gula
  • 1 biji telur
  • 4 gelas tepung gandum
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
Cara membuatnya :
Mula-mula pisang dikisar bersama gula,Selepas itu telur dipukul sampai kembang kemudian campurkan ia ke dalam santan.Gaul sampai rata.Baharulah kita masukkan pisang,soda bikarbonat dan juga tepung gandum.Gaul sekali lagi biar betul rata.Letak dalam loyang dan kukus sampai masak.

RESEPI MODEN

KEK COKLAT BASAH
Bahan-bahannya :

Bahan A
  • 22o gm tepung gandum
  • 50 gm serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam
  • 330 gm gula halus
  • 250 ml air sejuk
  • 190 gm mentega
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 esen vanilla
Bahan B
  • 200 gm gula
  • 125 ml air
  • 60 gm mentega
  • 60 gm tepung jagung
  • 50 gm serbuk koko
  • 1/2 sudu garam
  • 2 biji telur kuning
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 sudu esen vanilla
Cara Membuatnya :

Mula-mula sekali kita pukul mentega,Seminit kemudian masukkan gula,telur,dan esen vanilla.Kacau sehingga kembang .Masukkan kesemua bahan A dan B tadi berselang-seli dengan air dan kacau sehingga sebati.Bakar dalam suhu 180*c selama 3o hingga 35 minit secara "doiste bouiler" atau kukus sehingga pekat warna coklatnya.

KEK LAMINGTON(KEK PERANCIS)
Bahan-bahannya:
  • 4oo gm mentega
  • 400 gm gula
  • 400 gm tepung gandum
  • 10 gm serbuk penaik
  • 8 biji telur
  • 150 gm kelapa kering
  • 300 gm jem strawberry
Cara memasaknya :

Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu-persatu.Pukul lagi sampai sebati kemudian masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik.Setelah benar-benar sebati,tuangkan ke dalam acuan.Bakar pada suhu 180*c selama 40 minit.Sejukkan setelah kek itu masak.Potongkan kek secara segiempat dan sapukan jem strawberry yang telah dicairkan diatasnya.Akhir sekali kita salutkan kek diatasnya dengan kelapa kering.

RESEPI PUDING DAN AGAR-AGAR

PUDING LONGAN

Bahan-bahannya :

  • 2 liter air
  • 200 gm agar-agar
  • 400 gm gula
  • 60 ml susu segar
  • 200 gm longan (dalam tin,lebih afdal lagi yang ori dan halal)
Cara Membuatnya :

Didihkan air dan masukkan agar-agar bersama gula.Kacau sampai agar-agar hancur dan sebati.Kemudian tuangkan susu segar dan juga longan ke dalam campuran agar-agar tadi.Akhir sekali tuangkan ke dalam acuan.Sejukkan ke dalam peti ais selama 2 jam.Sedia untuk dihidang.

PUDING JAGUNG MANIS

Bahan-bahannya :
  • 2.5 liter air
  • 2.5 ml susu segar
  • 30 gm agar-agar
  • 200 gm gula halus
  • 50 gm gula melaka
  • 1 tin jagung manis
  • 50 gm serbuk kastard
Cara Membuatnya :

Didihkan air dan masukkan agar-agar bersama gula halus serta gula melaka.Kemudian masukkan susu segar,serbuk kastard dan jagung.Apabila cukup pekat digaul,Baharulah dituang ke dalam acuan dan sejukkannya selama 2 jam.Hidangkan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan