Selasa, 26 Julai 2011

SALAM RAMADHAN 2011

Bismillahhirrahmannirahim......



Salam ramadhan al mubarak buat semua umat manusia bergelar muslimin dan

muslimat,Syukur

ke hadrat Illahi kerana telah memberi kesempatan lagi untuk merasai kenikmatan yang

melimpah ruah dengan rezeki dan pahala yang berligat ganda di bulan yang sungguh mulia yang

telah dijanjikan selagi hidup masih ada.

Dengan ini aku sebagai hamba_Nya pasti akan menunaikan kewajiban yang telah termaktub

dalam Rukun Islam.Sebagai rujukan bagi mereka yang memerlukan petunjuk untuk

memudahkan kewajiban ibadah puasa mereka,InsyaAllah,Disini aku sertakan lafaz niat puasa di

bulan ramadhan.

NIAT UNTUK SEPANJANG BULAN PUASA

Lafaz niat ini dilakukan ketika bersahur pada hari pertama kita berpuasa.


cara membacanya :

NAWAITU SAUMA SAHRI RAMADHA NA KHU LIHI LILLAHHI TA'ALA

maksudnya :

Sahaja aku berpuasa seluruhnya di bulan ramadhan kerana Allah Ta'ala


NIAT PUASA SEPANJANG HARI

Cara membacanya :

NAWAITU SAUMA RADHIN A'N ADHA HI FARDHI SAHRI RAMADHA NA HAZIHISS SANATI HILLILLAHHI TA'ALA

maksudnya :

Sahaja aku puasa hari esok kerana menunaikan fardu bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

Selepas mengharungi segala dugaan puasa yang bukan sekadar berlapar dahaga tetapi semua

pancaindera perlu dijaga.Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang telah

memberi perintah agar segera berbuka pada waktu matahari terbenam.Berita gembira ini bagai

satu kemenangan yang terasa bandingnya setelah diuji sepanjang hari.

DOA BERBUKA PUASA



Cara membacanya :

ALLAHHUMMA LAKA SUMTU WABIKA A'MANTU WA'ALA RIZKA A'FTHAR TU BIRRAHMATIKA YA A'R HAMARRA HIMINN

maksudnya :

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman kerana rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA



Cara membacanya :
ALLAHHUMMA LAKA SUMTU WABIKA AAMANTU WAALA RIZKI KA AFTHARTU ZAHA BAZZHAMAA HU WABTALLATILL URHRUU KU ALLAHHUMMA INNI A'SS ALL KA AN THARGFIRA LII BIRRAHMATIKALLATII WASIA'HT KULLA SYAIINN

maksudnya :

Ya Allah ! Kerana Engkau aku berbuka dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat.Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


TERAWIH
selepas selesai mengerjakan solat fardhu maghrib dan isyak...,Amalan solat terawih menjadi sesuatu dinanti-nantikan kerana pahalanya yang hanya dapat pada bulan mulia ini.Sebagai rujukan sila klik ini untuk sebarang kepastian.

NIAT SEMBAHYANG TERAWIH


Cara membacanya :
USSALLII SUNNATTAL TARRAWIHHI RAKA'ATII NI MAKHMUMMAN LILLAHHI TA'ALA

maksudnya :
Sahaja aku mengerjakan sembahyang tarawih dua rakaat makmuman kerana Allah Ta'ala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan