Khamis, 22 September 2011

PRETTY LITTLE LIARS

Pretty Little Liars Book Set
Pretty Little Liars Book Set

Aku masih ingat lagi novel ini pernah berada dalam outlet kedai buku " POPULAR " di Boulevard suatu masa dulu semasa "cuci mata" di hari minggu... aku pernah menyentuh kulit buku itu dan sangat tertarik dengan tajuk gempaknya... tetapi, memandangkan novel ni agak "gurly", aku tak berapa nak minat membacanya sekadar memerhati sinopsis...




Dan selepas setahun berlalu setelah fenomena "TWILIGHT" datang menyerang...tiba-tiba keluarlah khabar angin mengatakan novel yang laris ini akan diadaptasi ke skrin tv.Nyata memang benar sangkaanku....


8tv telah berjaya membawa drama siri popular remaja " PRETTY LITTLE LIARS " ke anjung tamu aku... Mulai agak janggal dengan kisah penuh misteri dalam sekumpulan budak perempuan remaja yang dibelunggu dilema akibat pembunuhan tragis sahabat mereka..



dan kini mereka diburu oleh pembunuh misteri...Jalan cerita yang berbelit tapi berkesan...menyebabkan aku tertanya-tanya siapakah yang bernama " A " itu..? Siapakah sebenarnya pembunuh misteri..?.


Pertanyaan di kepalaku menyebabkan terus mencari buku novel itu di kedai buku " POPULAR "
Tapi malangnya..buku itu sudah terjual habis ketika jualan murah bulan lepas...kecewa!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan