Isnin, 12 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


Assalamualaikum...Sudah lama tak terjah blog....Salam hari raya Eid dhul fitri kepada semua bloggers yang berada seluruh dunia... baik di dalam alam maya mahupun di dalam alam realiti...,

Syukur,Alhamdullillah....,setelah sebulan menghadapi dugaan puasa di bulan ramaddan akhirnya bulan mulia yang dinanti tiba jua...huh,kalau nak diceritakan tentang dugaan di bulan puasa rasanya tak secukup ruang entri ni...Dari mula pengumuman tarikh kita berpuasa tahun 2011 ni sampailah penghujung ramaddan...tak habis diuji keimanan dan kesabaran...bak kata ustaz......,Allah telah turunkan dugaan sakit,kemalangan dan macam-macam lagi untuk membersih dosa-dosa kita yang tanpa sedar kita pernah lakukan agar kita akan sentiasa mengingatiNya.

Kini lebaran telah tiba...,Kisah sedih di bulan ramaddan tak perlu dikenang lagi....,Terpancar rasa kegembiraan menyambut kemenangan biarpun hampir tewas...,

Tahun ni aku sambut cukup sederhana kerana memandangkan cuaca dan ekonomi sekarang tidak menentu...Sekadar sehelai baju melayu...,Songkok pun yang lama....selipar raya pulak masih boleh pakai..biarpun banyak kaki yang telah menyarungnya...dari saiz 6 menjadi saiz 9,Nasib baik ada kalau tak alamatnya berjalan kaki ayam raya tahun ni...Memandangkan kita beraya sampai 30 hari...terpaksalah "recycle" baju raya tahun lepas yang belum koyak lagi..
Apapun yang penting kemeriahannya masih boleh dirasainya sampai habis bulan syawal...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan