Ahad, 13 November 2011

RESEPI SOS

SOS BLACK PEPPER

Bahan-bahannya :

1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
5 sudu besar lada hitam - dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak

Cara membuatnya :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.

3. Biarkan sehingga pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung yang telah dibancuh tadi.

4. Kacau sebati dan masak ikut tahap kepekatan yang anda suka.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

SOS CILI THAI

Bahan-bahannya :

1/2 cuka
1/2 air
1/3 gula
2 batang cili kering
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos ikan
1 sudu tepung jagung

Cara membuatnya :

Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atasu dapur.Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.


SOS TABASCO

Bahan-bahannya :

1 cawan cili kapsikum~ cili bengala merah( boleh diganti dengan cili padi atau cili merah)
1sudu teh garam
1 botol cuka

Cara membuatnya :

1. Masukkan cili ke dalam juicer dan dapatkan air cili. Dari 1 cawan cili anda akan dapat 100 hingga 150 ml jus cili.
2. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam jus cili.
3. Tambahkan cuka (seeloknya cuka beras) sehingga menjadi 500 ml.
4. Kacau sehingga semua garam larut.
5. Tuangkan ke dalam botol dan tutup dengan penutup cuka.
6. Labelkan dan simpan dalam peti sejuk.

SOS SALSA PICANTE

Bahan-bahannya :

Pati cili, baki dari ramuan sos tabasco,
Satu biji tomato bersaiz besar dilumatkan,
Satu sudu besar gula,
1/2 sudu teh garam,
3 sudu teh sos tabasco.

Cara membuatnya :

1. Potong tomato dan buang biji.
2. Campurkan tomato dan pati cili dan lumatkan.
3. Tambahkan 1 sudu besar gula, 1/2 sudu garam dan 3 sudu sos tabasco.
4. Kacau sehingga semua gula terlarut.


SOS BROKOLI (SOS HIJAU)

Bahan-bahannya :

300 brokoli
sebiji bawang besar, dihiris nipis
seulas bawang putih, dihiris nipis
3 sudu makan tepung gandum
300 ml susu cair
2 sudu makan mentega
50 ml krim pekat
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara membuatnya :
brokoli direbus seketika kemudian dikisar bersama bawang besar dan bawang putih sehingga halus.Panaskan kuali letakkan mentega masukkan tepung gandum.Kacau rata jangan sampai berketul.Kemudian kita masukkan susu cair,dan krim pekat.Kacau lagi hingga sebati.Barulah masukkan brokoli tadi dan tambahkan garam dan serbuk lada hitam.


SOS BOLOGNAISE

Bahan-bahannya :

1 biji bawang besar
2 sudu makan mentega
3 biji tomato
250 gram daging/isi ayam
100 gram cendawan butang
2 camca tomato puri/sos tomato
2 camca oregano
1 helai daun bay
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara membuatnya :

1.Bawang besar,dan tomato dipotong dadu.Daging/ayam dicincang halus.Cendawan pula dihiris halus.

2.Panaskan kuali,letakkan mentega dan tumiskan bawang besar sehingga layu.

3.Masukkan tomato dan dimasak sehingga hancur.

4.Masukkan pula daging/ayam bersama daun bay dan cendawan.Masakkan ia sehingga empuk.

5.Barulah masukkan tomato puri,oregano,garam dan lada sulah.

6.Masakkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.Hidangkan ia dengan pasta.


SOS HOLLANDAISE

Bahan-bahannya :

250 gram mentega/1 buku mentega
5 biji kuning telur
4 camca besar cuka
100 ml air
1/2 jus lemon
sedikit lada hitam
sedikit garam

Cara membuatnya :

Masakkan cuka bersama lada hitam sehingga menjadi separuh.Tambahkan air dan masakkan sehingga mendidih.tapiskan air cuka ini untuk mendapatkan air yang jernih.Biarkan suam.Cairkan mentega,angkat dan biarkan suam.Tenggekkan air cuka ini sekali lagi tetapi menggunakan kaedah "double boiler" untuk mendapatkan suhu air yang suam di antara suhu 70-80 c.Di dalam mangkuk yang lain,pukul kuning telur sehingga pekat.Perlahan-lahan masukkan ke dalam air cuka tadi sambil dikacau sehingga likat.Perlahan-lahan juga masukkan mentega dan pukul lagi sehingga mentega habis kemudian barulah masukkan jus lemon dan sedikit garam.


SOS BECHAMEL

Bahan-bahannya :

30 gram mentega
30 gram tepung gandum
500 ml susu segar
1 unit onion pique
sedikit garam

Bahan onion pique :

1/2 biji labu bawang besar
1 helai daun bay
3-5 kuntum bunga cengkih


Cara membuatnya :

1.Sediakan onion pique dengan membelah di tengah bawang besar untuk menyelit sehelai daun bay.Bunga cengkih pula dicucuk-cucuk sekeliling bawang besar.Ketepikan dahulu.

2.Panaskan mentega,masukkan tepung gandum dan gaul sehingga berketul.Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau pantas dengan menggunakan pengisar agar tidak berketul.

3.Masukkan onion pique tadi.Kacau sehingga sos menjadi halus dan pekat lebih kurang 30 minit.

4.letakkan garam secukup rasa itupun jika perlu.

5.Keluarkan onion pique dan sedia untuk dihidang.


SOS VELOUTE

Bahan-bahannya :

30 gram tepung gandum
30 gram mentega
1/2 liter stok putih * stok ini adalah hasil daripada air rebusan ayam / ikan / daging / sayuran yang jernih
sedikit garam

Cara membuatnya :

Panaskan mentega sehingga cair.Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga berketul kemudian masukkan stok putih
dan kacau lagi sehingga pekat.Jika sos masih berketul.Biarkan ia suam dahulu dimasukkan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga halus.Masak lagi sehingga pekat.Letakkan garam secukup rasa.Barulah boleh dihidang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan