Der...,hari itu aku pergi toko buku tiba-tiba jumpa sebuah majalah..woow sangat menarik tapi harga mahal giler almaklumlah made in london,Apa ker jadahnya aku tertarik menarik terpikat dengan majalah sulaman jahit manik dan labuci ni...alahai..dah ada orang memberi pesanan suruh beli buku cara menjahit manik dan labuci kononnya nak buat bisneslah tu tapi aku yang pula yang terjebak...carilah sampai dapat akhirnya majalah made in malaysia yang dibeli...BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA..selamat bajet anda...
Apalah bengap aku ni...!susah-susah jer beli buku kan sekarang zaman YOUTUBE klik jer...lagilah jimat masa...nasib baik jumpa tutorial yang senang sikit daripada yang dalam buku..
SULAMAN BUNGA DAHLIA
Jom belajar cara buat sulaman bunga dahlia...alahhh senang jer... tapi yang baru nak start macam aku kira kekok jugak..hehehe..
Mula-mula kita buatkan bulatan pada kain,selepas itu tandakan garisan didalam bulatan 4 garis seperti rajah dibawah bagi memudahkan kita yang tengah blur ni..tandakan A sampai H..mulakan jarum dan benang anda pada tanda A
selepas itu ambilkan labuci pastikan di bahagian depan dahulu dimasukkan ke dalam jarum,kemudian masukkan labuci yang diterbalik di bahagian belakang ,masukkan pula labuci saiz kecil dan manik kecil.Ulangkan proses tadi sehingga 3 kali,Akhir sekali,anda masukkan labuci di bahagian belakang dan masukkan jarum ditengah tanda bulatan.
Buatkan proses kelopak bunga tadi dari tanda A,B,C,D,E,F,G,dan H.Untuk ditengah-tengah kelopak bunga kita masukkan manik besar.Jahit mati dibelakang kain.Selesai sudah...
Apa macam cantik tak...?hmm...bolehlah tuu...meskipun tak secantik dalam youtube tadi..ni kalau dah expert...tersenyum bakal mak mertua...,hehehe
Informasi Yang Menarik... Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Baju Kurung Moden Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Baju Kurung Moden Dengan Ebook Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL...
BalasPadamSiLa KLik Sini