Assalammualaikum....,ketemu lagi kita...,huh lama tak masuk dapur blog kebelakangan ini sejak adanya ratu ngesot suka mengacau...kacau,kacau lagi,haiya nasib baik tak digaul sekali sambil menganggu gugat kreabiliti aku sebagai tukang masak yang terhebat di dapur ala 70-an tu...tau takpa sukar giler pakai dapur gas dengan mancis..!,Ini abad ke 20 tolonglah tukar dapur gas yang canggih sikit wehh...!Sudah!Aku nak sambung masak ni..Ratu Ngesot tak nak berganjak jadi penunggu dapur berlagak jadi juri hakim chef nak kutuk masakan aku ...Sekarang aku nak cuba resepi sambal yang dikumpul daripada dua buah negara serumpun..,Iaitu Malaysia dan Republik Indonesia..,Sudahkah anda bersiap-sedia bawa perisai buat pelindung diri kerana kita berperang dengan lesung batu dan cili...haha!! ok...kita serang........!!!!!!
RESEPI SAMBAL REPUBLIK INDONESIA
SAMBAL OSENG
BAHAN-BAHANNYA :
1 BIJI BAWANG MERAH
> dimayang
1 ULAS BAWANG PUTIH
7 BIJI CILI PADI
> dihiris
1/2 BIJI TOMATO
3O ML KICAP MANIS
1 BIJI LIMAU NIPIS (ambil jusnya)
CARA MEMBUATNYA :
Masukkan kesemua bahan,gaul rata dan tuangkan kicap manis.Masukkan jus limau dan gaul mesra.Sedia dihidang sebagai pencecah.
SAMBAL BELACAN MINANG
BAHAN-BAHANNYA :
15 BIJI CILI PADI
2 BIJI BAWANG MERAH KECIL
1/2 BIJI TOMATO
2 CM BELACAN
1 BIJI LIMAU NIPIS
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUATNYA :
Semua bahan tadi ditumbuk halus kemudian perasakan dengan garam dan jus limau nipis,Gaul dengan mesra.Hidangkan.
SAMBAL MINYAK BALI
BAHAN-BAHANNYA:
20 ML MINYAK MASAK
1 BIJI BAWANG MERAH (dimayang halus)
6 BIJI CILI PADI HIJAU (dihiris nipis)
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUATNYA :
Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas mangkuk,Gaul rata dan siap untuk dihidang.
RESEPI SAMBAL MALAYSIA
SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHANNYA :
10 BIJI CILI PADI HIJAU
1/2 BIJI TOMATO
1 BIJI BAWANG MERAH
30 GM IKAN BILIS
1 ULAS BAWANG PUTIH
GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGORENG
CARA MEMBUATNYA :
Tumbukkan cili padi bersama bawang merah,bawang putih,tomato,dan garam secukup rasa hingga lumat.Panaskan minyak dan tumiskan bahan ditumbuk tadi hingga masak kemudian masukkan ikan bilis.Siap untuk dihidang.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHANNYA :
BAHAN A :
1 KG DAGING
50 GM KETUMBAR (ditumbuk halus)
1 BIJI BAWANG BESAR (dihiris)
GARAM SECUKUP RASA
BAHAN B :
100 GM CILI MERAH \
50 GM CILI PADI MERAH > dikisar
2 BIJI BAWANG MERAH /
1 HELAI DAUN LIMAU PURUT
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUATNYA :
UNTUK BAHAN A :
Rebuskan daging bersama dengan ketumbar dan bawang besar sehingga lembut.Kemudian toskan dan hiris nipis-nipis selepas itu gorengkan daging itu sehingga garing.Ketepikan.
UNTUK BAHAN B :
Tumiskan kesemua bahan B sehingga masak dan tambahkan garam secukup rasa.
Kemudian tuangkan sambal tadi ke atas daging yang telah digoreng tadi.Gaul rata.Siap untuk dimakan.
SAMBAL GORENG TOMATO
BAHAN-BAHANNYA :
3 BIJI TOMATO (dibelah 4)
10 BIJI BATANG CILI PADI \
1 BIJI LABU BAWANG BESAR > dikisar
4 ULAS BAWANG PUTIH /
1 TANGKAI DAUN BAWANG
1/2 KIUB PATI IKAN BILIS
125 ML AIR
GARAM SECUKUP RASA
MINYAK UNTUK MENUMIS
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak,Tumiskan bahan kesemua bahan yang telah ditumbuk atau dikisar sehingga garing.Masukkan air dan kiub pati ikan bilis,daun bawang dan akhir sekali tomato.Kacau rata.Siap!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan