ORIGAMI.....
origami oh origami..Adakalanya aku sesangat bosan giler apatah bila tiada lagi ditimpa bertimbun kerja kerani yang mengedit fail pejabat oleh bos besar di saat penghujung suku terakhir bulan ni...satu hari tu terjumpalah surat khabar harian bahasa cina atas meja kaunter..mata aku ni tertarik sesuatu...ada tutorial cara buat origami..Hmmm...lama dah tak kerja budak kecil ni..apa lagi habislah bakul penuh dengan kertas koyak-rabak...hehehe..Ehh teringat pula...Youtubekan ader... jumpa yang ini...HUH, PROJEK GATAL TANGAN pun bermula....
Ahad, 9 September 2012
Isnin, 18 Jun 2012
LABUCI,MANIK DAN AKU
Drastik benar hidup ini...bukannya apa...? Rasa terbeban di tangan ini untuk berbakti...karya ilham terkeluar dari penjuru otakku yang tengah kusut.Oh My Jari...!Sumpah...!tak nak lagi pegang jarum dan benang...Bila bertemu..mulalah nak cari bahan utama...manik dan labuci..Dengan ini,aku telah dinobatkan "Mat Manik Labuci"..Oh tidak...!!!!Selamatkan aku dari terus terjebak...Simpanlah jadi kenangan.
Cara Membuat Bunga Raya Manik
chop!!Mana pula buku manik yang ku beli tu..apa!!! hilang...!!!,Ini buat aku naik bengang..Nasib baik otak aku masih berfungsi..Ingat-ingat lupa.
mula-mula kita buat kelopak bunga raya yang pertama dahulu...,ambil 3 biji manik tak kisah kalau nak bunga besar pakai manik besar kalau nak bunga kecil gunalah manik kecil.Kita ikutkan langkah 1 seperti yang gambarrajah di atas iaitu masukkan benang ke dalam manik yang pertama kemudian yang kedua dan ketiga lepas itu kita masukkan benang ke dalam manik yang pertama untuk dimatikan ketat supaya tidak longgar.Seterusnya ikut langkah 2,kita naikkan benang dan masukkan benang itu ke dalam manik yang pertama menusuri manik kedua,Kita tambah 3 biji manik dan matikan benang ke dalam manik ketiga.Ulangi proses yang sama sehingga sampai membentuk 5 biji manik tambahan.Cara untuk matikannya ialah dengan ulang balik benang ke arah bahagian kiri pada 5 biji manik tadi dan kita tambahkan 4 biji manik.Ulangi proses yang sama sampailah hujung.Matikan benang dibelakang kain.
Peningnya proses ni...tapi tak nak seribu dalih hendak seribu daya...,cuba jangan tak cuba...pening lagi...cuba guna kaedah bergambar ni...
langkah 1
langkah 2
langkah 3
siap sudah satu kelopak bunga raya...
sudah berminggu buku tu hilang akhirnya dijumpai....syukuran,hmm..Untuk pengetahuan am anda melalui buku tu...nama teknik sulaman ini ialah teknik PEYOTE FRANGIPANI atau lebih dikenali sebagai teknik bunga kemboja peyote..Ia adalah asas kepada semua jenis sulaman manik..Macam-macam sulaman manik dapat digubah dengan menggunakan teknik ni..
Selasa, 5 Jun 2012
Isnin, 23 April 2012
RESEPI SAMBAL V0L.2
Assalammualaikum....,ketemu lagi kita...,huh lama tak masuk dapur blog kebelakangan ini sejak adanya ratu ngesot suka mengacau...kacau,kacau lagi,haiya nasib baik tak digaul sekali sambil menganggu gugat kreabiliti aku sebagai tukang masak yang terhebat di dapur ala 70-an tu...tau takpa sukar giler pakai dapur gas dengan mancis..!,Ini abad ke 20 tolonglah tukar dapur gas yang canggih sikit wehh...!Sudah!Aku nak sambung masak ni..Ratu Ngesot tak nak berganjak jadi penunggu dapur berlagak jadi juri hakim chef nak kutuk masakan aku ...Sekarang aku nak cuba resepi sambal yang dikumpul daripada dua buah negara serumpun..,Iaitu Malaysia dan Republik Indonesia..,Sudahkah anda bersiap-sedia bawa perisai buat pelindung diri kerana kita berperang dengan lesung batu dan cili...haha!! ok...kita serang........!!!!!!
RESEPI SAMBAL REPUBLIK INDONESIA
SAMBAL OSENG
BAHAN-BAHANNYA :
1 BIJI BAWANG MERAH
> dimayang
1 ULAS BAWANG PUTIH
7 BIJI CILI PADI
> dihiris
1/2 BIJI TOMATO
3O ML KICAP MANIS
1 BIJI LIMAU NIPIS (ambil jusnya)
CARA MEMBUATNYA :
Masukkan kesemua bahan,gaul rata dan tuangkan kicap manis.Masukkan jus limau dan gaul mesra.Sedia dihidang sebagai pencecah.
SAMBAL BELACAN MINANG
BAHAN-BAHANNYA :
15 BIJI CILI PADI
2 BIJI BAWANG MERAH KECIL
1/2 BIJI TOMATO
2 CM BELACAN
1 BIJI LIMAU NIPIS
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUATNYA :
Semua bahan tadi ditumbuk halus kemudian perasakan dengan garam dan jus limau nipis,Gaul dengan mesra.Hidangkan.
SAMBAL MINYAK BALI
BAHAN-BAHANNYA:
20 ML MINYAK MASAK
1 BIJI BAWANG MERAH (dimayang halus)
6 BIJI CILI PADI HIJAU (dihiris nipis)
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUATNYA :
Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas mangkuk,Gaul rata dan siap untuk dihidang.
RESEPI SAMBAL MALAYSIA
SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHANNYA :
10 BIJI CILI PADI HIJAU
1/2 BIJI TOMATO
1 BIJI BAWANG MERAH
30 GM IKAN BILIS
1 ULAS BAWANG PUTIH
GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGORENG
CARA MEMBUATNYA :
Tumbukkan cili padi bersama bawang merah,bawang putih,tomato,dan garam secukup rasa hingga lumat.Panaskan minyak dan tumiskan bahan ditumbuk tadi hingga masak kemudian masukkan ikan bilis.Siap untuk dihidang.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHANNYA :
BAHAN A :
1 KG DAGING
50 GM KETUMBAR (ditumbuk halus)
1 BIJI BAWANG BESAR (dihiris)
GARAM SECUKUP RASA
BAHAN B :
100 GM CILI MERAH \
50 GM CILI PADI MERAH > dikisar
2 BIJI BAWANG MERAH /
1 HELAI DAUN LIMAU PURUT
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUATNYA :
UNTUK BAHAN A :
Rebuskan daging bersama dengan ketumbar dan bawang besar sehingga lembut.Kemudian toskan dan hiris nipis-nipis selepas itu gorengkan daging itu sehingga garing.Ketepikan.
UNTUK BAHAN B :
Tumiskan kesemua bahan B sehingga masak dan tambahkan garam secukup rasa.
Kemudian tuangkan sambal tadi ke atas daging yang telah digoreng tadi.Gaul rata.Siap untuk dimakan.
SAMBAL GORENG TOMATO
BAHAN-BAHANNYA :
3 BIJI TOMATO (dibelah 4)
10 BIJI BATANG CILI PADI \
1 BIJI LABU BAWANG BESAR > dikisar
4 ULAS BAWANG PUTIH /
1 TANGKAI DAUN BAWANG
1/2 KIUB PATI IKAN BILIS
125 ML AIR
GARAM SECUKUP RASA
MINYAK UNTUK MENUMIS
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak,Tumiskan bahan kesemua bahan yang telah ditumbuk atau dikisar sehingga garing.Masukkan air dan kiub pati ikan bilis,daun bawang dan akhir sekali tomato.Kacau rata.Siap!.

Selasa, 17 April 2012
CARA MENJAHIT MANIK DAN LABUCI
Assalammualaikum....para pemerhati blog,Dah lama tak redah entri blog,bosan kot...atau merajuk pasal ramai yang komen teruk pasal blog ni,Sekejap cerita pasal gambarlah,masakanlah,bina badanlah,lagulah...Cehhh!!! Suka hati aku ler nak tulis apa-apa dalam blog aku..Yang penting tak ada yang berunsur politik,fitnah atau lucah yang boleh mengurangkan pahala di dunia dan akhirat..BETUL!BETUL!!BETUL!!! itu kata upin dan ipin..hehehe
Der...,hari itu aku pergi toko buku tiba-tiba jumpa sebuah majalah..woow sangat menarik tapi harga mahal giler almaklumlah made in london,Apa ker jadahnya aku tertarik menarik terpikat dengan majalah sulaman jahit manik dan labuci ni...alahai..dah ada orang memberi pesanan suruh beli buku cara menjahit manik dan labuci kononnya nak buat bisneslah tu tapi aku yang pula yang terjebak...carilah sampai dapat akhirnya majalah made in malaysia yang dibeli...BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA..selamat bajet anda...
Apalah bengap aku ni...!susah-susah jer beli buku kan sekarang zaman YOUTUBE klik jer...lagilah jimat masa...nasib baik jumpa tutorial yang senang sikit daripada yang dalam buku..
SULAMAN BUNGA DAHLIA
Jom belajar cara buat sulaman bunga dahlia...alahhh senang jer... tapi yang baru nak start macam aku kira kekok jugak..hehehe..
Mula-mula kita buatkan bulatan pada kain,selepas itu tandakan garisan didalam bulatan 4 garis seperti rajah dibawah bagi memudahkan kita yang tengah blur ni..tandakan A sampai H..mulakan jarum dan benang anda pada tanda A

selepas itu ambilkan labuci pastikan di bahagian depan dahulu dimasukkan ke dalam jarum,kemudian masukkan labuci yang diterbalik di bahagian belakang ,masukkan pula labuci saiz kecil dan manik kecil.Ulangkan proses tadi sehingga 3 kali,Akhir sekali,anda masukkan labuci di bahagian belakang dan masukkan jarum ditengah tanda bulatan.
Buatkan proses kelopak bunga tadi dari tanda A,B,C,D,E,F,G,dan H.Untuk ditengah-tengah kelopak bunga kita masukkan manik besar.Jahit mati dibelakang kain.Selesai sudah...
Apa macam cantik tak...?hmm...bolehlah tuu...meskipun tak secantik dalam youtube tadi..ni kalau dah expert...tersenyum bakal mak mertua...,hehehe
Isnin, 20 Februari 2012
WHITNEY HOUSTON diva ratu lagu cinta
GEMPAR!satu alam...seorang diva kesayangan seluruh semesta muzik telah meninggal dunia.Siapakah dia?.Dia ialah yang WHITNEY HOUSTON.siapa...?.Bagi yang tak kenal dia.Marilah kita kenali dia dengan lebih rapat lagi.
Dia ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati Amerika Syarikat. Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records.Antara 415 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 6 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 170 juta album, single dan video ke serata dunia.Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun.Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas.
Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama.Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200.Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video "How Will I Know", mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya. Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja. Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah.Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records. Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You.
Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.Mediang dikebumikan pada 19 Februari 2012.
sebagai tribute buat dia,terimalah lagu ini...lagu pevret aku huhuhu :(
Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012)
sebagai tribute buat dia,terimalah lagu ini...lagu pevret aku huhuhu :(
Jumaat, 17 Februari 2012
RESEPI SAMBAL
WOW!!!,kalau diceritakan tentang sambal sememangnya sebahagian appertize yang sinonim dengan masyarakat melayu dan seantero nusantara.Banyak variasi sambal yang mahu dikongsikan kepada para peninjau blog...,Aku akan cuba mencari dan kumpulkan resepi SAMBAL untuk dimuatkan ke dalam entri ini....,
mula-mula aku nak kongsikan resepi sambal yang paling ringkas,HUH!buat malu jer kalau tak tahu buat sambal ni sedangkan budak kecik 3 tahun pun boleh buat...,
SAMBAL KICAP
sebelum buat kenali dulu bahan utamanya kalau tak......,tak menjadilah jawapnya...
SAMBAL KICAP UNTUK ULAM BUAH-BUAHAN :
BAHAN-BAHANNYA :
CILI
GULA
BELACAN
IKAN BILIS
KICAP
CARA MEMBUATNYA ;
tumbuk belacan,ikan bilis dan cili hingga lumat.Campurkan gula dan kicap.Siap
SAMBAL KICAP UNTUK CECAH MAKANAN BERPANGGANG
BAHAN-BAHANNYA :
LIMAU KASTURI
CILI
BAWANG PUTIH
KICAP
CARA MEMBUATNYA ;
tumbuk cili dengan 2-3 ulas bawang putih hingga lumat,letakkan air perahan limau kasturi atau limau nipis kemudian masukkan kicap.
SAMBAL KICAP UNTUK BUBUR
BAHAN-BAHANNYA :
CILI
IKAN BILIS
KICAP
CARA MEMBUATNYA :
gorengkan cili bersama ikan bilis hingga rangup.Toskan minyak kemudian tumbukkan hingga lumat.Campurkan dengan kicap.
JOM BUAT SAMBAL YANG PALING REMEH TAPI SEDAP DIMAKAN
SAMBAL PETIS(sebut betul-betul P....tis bukan betis ya)
BAHAN-BAHANNYA ;
alamak lupa lak pulak resepinya...... kita sambung minggu depan,Tunggggu...
SEMINGGU KEMUDIAN....
Assalammualaikum..., alhamdullillah jumpa lagi kita,
tau-tau jerlah muda lagi nak nyanyuk mudah terlupa...
Oh!ya tentang bahan-bahan tadi... cepat cari sampai dapat yer...ni resepi special daripada sarawak,
Bahan-bahannya...
1 botol besar kicap soya pekat
1 botol sos cili( 1 kg bungkus)
1 kg gula apong (kalau tak ada... gula biasa atau gula melaka pun boleh cuma rasa sajer lain sikit)
1 bungkus belacan
1/4 cili kering yang dikisar halus (kalau malas sangat guna ajer cili boh)
350 gram bijan(digoreng garing tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit tepung jagung
Cara Membuatnya :
Mula-mula gunakan kuali besar takut tak muat pulak...,Panaskan kuali kemudian cairkan gula apong dengan sedikit air,barulah letakkan kicap soya pekat,sos cili,belacan dan cili kisar tadi.Gaulkan sehingga belacan tidak berketul.lagi.letakkan sedikit garam,sedikit gula(jika kurang manis) dan bijan.Untuk memekatkan lagi kuah sambal petis ini tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung.Gaul lagi sampai rata dan betul-betul pekat berwarna hitam kilat.Proses ini memakan masa antara 2-3 jam.Api perlu dikawal sederhana takut nanti hangit(orang kata sudahlah hitam hangit pulak tu..).Siap,sejukkan sebelum dihidang.

Langgan:
Catatan (Atom)