Isnin, 4 November 2013

UNTUK BERMIMPI

Untuk Bermimpi

Mahunya..ku menyentuh hujung bayangmu,

Mahunya..ku berlindung bawah redupmu,

Selalu khayalkan engkau yang umpama..
Tak punya cela dan sempurna..

Mengapa..tidak kasih hadir dan menyentuh jejariku..
Mengapa..tidak kasih hadir walau cuma dalam mimpi..

Putuskan resahku..
Payungi hatiku..
Jerit kerinduan..
Terik pedihnya kadang tak tertahan...

Mengapa..tidak kasih hadir dan menyentuh jejariku..
Mengapa..tidak kasih hadir walau cuma sekali..

Engkau hadir naungi diriku yang terdera..
Engkau hadir cukuplah sekali..cuma dalam mimpi..

Walaupun untuk ku bermimpi..

Selasa, 9 Julai 2013

Salam ramaddan 2013

Kerinduan bulan ramadan mula dirasai..Semoga ibadah puasa tahun ini memberi seribu makna...

Selasa, 2 April 2013

SAKIT OH SAKIT

Apalah malang nasib aku..sudah 10 hari dilanda demam yang teruk..bermula dengan demam panas lepas tu batuk menyerang kemudian selsema .. macam-macam dugaan aku cuba bertahan tapi kadang-kala rasa putus asa menghantui fikiran sehingga aku hampir tewas..

Isnin, 3 Disember 2012

FIT BODY : CARA SINGKAT BINA BADAN

Salam dunia...jom kita cuba pelbagai kaedah untuk membina badan yang sasa secara ringkas dan mudah dipraktik di mana-mana saja anda berada.

ARNOLD PRESS


kaedah Arnold Press, dinamakan bersempena  dengan nama seorang pelakon hollywood yang terkenal

dengan badan yang sasa iaitu Arnold Schwarzenegger sebagai pelopor kepada latihan ini, Kaedah senaman

bahu ini mempunyai persamaan senaman  lain.berikut adalah cara-caranya.

kita mulakan pergerakan dengan membawa siku keluar ke sisi. Teruskan untuk meningkatkan siku

sambil menekan overhed dumbbells sehingga lengan lurus. Rendah ke hadapan bahu dalam corak yang

bertentangan dan ulangi.

Pergerakan perlu untuk menekankan bahu sambil meminimumkan otot lengan. Latihan ini

 meningkatkan sisi seperti gerakan dengan beban bahu. Kita bersandar ke depan

sedikit apabila mengangkat Dumbbells.Ikut seperti gambar rajah ini :




BENT OVER SIDE LATERAL RAISE

Bengkok berdiri lebih meningkatkan sisi adalah satu latihan yang lebih maju kerana ia memerlukan anda 

untuk mengekalkan keseimbangan dan kestabilan semasa mengangkat berat. Dengan lebar bahu kaki anda 

selain,bahagian atas badan anda pada sudut 45 darjah dengan lantai, melaksanakan pergerakan lengan yang 

sama seperti yang anda lakukan apabila duduk.

Anda boleh menggunakan mesin kabel untuk bekerja setiap bahagian secara berasingan. Meletakkan kabel 

di menara mesin kabel pada tetapan terendah dan kemudian melampirkan mengendalikan kabel. Berdiri 

dengan lebar bahu kaki anda selain, dengan satu bahagian badan anda menghadap menara. Kemudian 

genggaman mengendalikan dengan tangan jauh dari kabel. Dengan bahagian atas badan anda pada sudut 45 

d
arjah dengan lantai, melaksanakan pergerakan lengan yang sama seperti yang anda lakukan apabila duduk. 



Ulangi untuk bahagian lain anda.






MILITARY PRESS

Anda boleh menggunakan dumbbells untuk melakukan senaman ini untuk pelbagai gaya.


SHOULDER PRESS


teknik halter bahu, juga dipanggil teknik overhed atau tekan tentera berfungsi bahu dan belakang atas serta 

triceps anda. Ini adalah satu usaha yang baik untuk membina bahu lebar yang kukuh. Pengukuhan bahu 

membantu membuat overhead menolak atau mengangkat pergerakan mudah.



SHRUG




Anda boleh melakukan tdk menggunakan Barbell atau Dumbell.

Anda juga boleh melaksanakan tdk menggunakan mesin kaki menaikkan dengan menjaga pad atas bahu 

anda dan mereka bergerak menggunakan otot bahu anda.

Sejak pergerakan ini menjadi lebih sukar kerana ketinggian bahu penuh dicapai, kriteria ketinggian bagi 

ketinggian bahu mungkin diperlukan. Sebagai contoh, meningkatkan bahu sehingga cerun bahu mendatar 

menjadi boleh dianggap mencukupi bergantung kepada struktur badan individu dan pelbagai gerakan dengan 

berat ringan.








Rabu, 17 Oktober 2012

CARA MEMBUAT GUBAHAN ORIGAMI ROSE

ORIGAMI ROSE

MUKADIMMAH dulu..

Assalamualaikum,Hai,Hello...Salam 1dunia,Tuan-tuan dan puan-puan sang mengintip blogger sekalian..Kita maklum tahu hidup ini selalu saja dilanda kebosanan yang berpanjangan ditambah lagi kerja hari-hari asyik menghadap muka-muka yang boleh membuat kita rasa hilang selera nak makan,minum dan tidur berdengkur..hahaha sesekali nak juga sesuatu yang segar-bugar.

Itulah dia,Jari-jemari ni tak sah kalau tak dapat bergerak..ada sajer mencari ilham untuk dikongsi bersama.
Huhhh..Yeahh!!Aku dah jumpa sesuatu..

Hahaha..Origami oh origami...,Minggu ni kita nak buat origami bunga ros..Nak cuba,Apa kata kita seludup kertas dalam pejabat dulu..jom mulakan langkah jari bukan kaki yer..

LANGKAH PERTAMA

Kita sediakan...

1)   5 keping kertas berwarna kegemaran anda (paling terbaeeek gunakan kertas origami/kertas jenis lembut/kertas buat layang-layang) mengikut saiz merujuk kepada gambar di bawah

2)   1 keping kertas berwarna hijau sebagai kelopak bawah bunga yang bersaiz 6"

3)  dawai bunga,selotep bunga,daun dan gam uhu

LANGKAH KEDUA



LANGKAH KETIGA


LANGKAH KEEMPAT




LANGKAH KELIMA





kumpulkan kesemua kelopak yang telah siap tadi,ambilkan dawai tebukkan pada kelopak paling besar ditengahnya dan sangkutkan hingga kukuh supaya tidak longgar semasa proses mengam.Kemudian gamkan satu-persatu mengikut saiz kelopak.    

LANGKAH KEENAM

Cara membuat kelopak daun untuk bahagian bawah bunga...







Khamis, 13 September 2012

ORIGAMI ANDROID

LET WE TRY THIS ORIGAMI...


 

Ahad, 9 September 2012

ORIGAMI TWITTER

Comel wehhh....nak try buat origami burung sebijik macam trademark TWITTER..


 

ORIGAMI BUNGA API

ORIGAMI.....

origami oh origami..Adakalanya aku sesangat bosan giler apatah bila tiada lagi ditimpa bertimbun kerja kerani yang mengedit fail pejabat oleh bos besar di saat penghujung suku terakhir bulan ni...satu hari tu terjumpalah surat khabar harian bahasa cina atas meja kaunter..mata aku ni tertarik sesuatu...ada tutorial cara buat origami..Hmmm...lama dah tak kerja budak kecil ni..apa lagi habislah bakul penuh dengan kertas koyak-rabak...hehehe..Ehh teringat pula...Youtubekan ader... jumpa yang ini...HUH, PROJEK GATAL TANGAN pun bermula....

 

Isnin, 18 Jun 2012

LABUCI,MANIK DAN AKU




Drastik benar hidup ini...bukannya apa...? Rasa terbeban di tangan ini untuk berbakti...karya ilham terkeluar dari penjuru otakku yang tengah kusut.Oh My Jari...!Sumpah...!tak nak lagi pegang jarum dan benang...Bila bertemu..mulalah nak cari bahan utama...manik dan labuci..Dengan ini,aku telah dinobatkan "Mat Manik Labuci"..Oh tidak...!!!!Selamatkan aku dari terus terjebak...Simpanlah jadi kenangan.

Cara Membuat Bunga Raya Manik

chop!!Mana pula buku manik yang ku beli tu..apa!!! hilang...!!!,Ini buat aku naik bengang..Nasib baik otak aku masih berfungsi..Ingat-ingat lupa.


mula-mula kita buat kelopak bunga raya yang pertama dahulu...,ambil 3 biji manik tak kisah kalau nak bunga besar pakai manik besar kalau nak bunga kecil  gunalah manik kecil.Kita ikutkan langkah 1 seperti yang gambarrajah di atas iaitu masukkan benang ke dalam manik yang pertama kemudian yang kedua dan ketiga lepas itu kita masukkan benang ke dalam manik yang pertama untuk dimatikan ketat supaya tidak longgar.Seterusnya ikut langkah 2,kita naikkan benang dan masukkan benang itu ke dalam manik yang pertama  menusuri manik kedua,Kita tambah 3 biji manik dan matikan benang ke dalam manik ketiga.Ulangi proses yang sama sehingga sampai membentuk 5 biji manik tambahan.Cara untuk matikannya ialah dengan ulang balik benang ke arah bahagian kiri pada 5 biji manik tadi dan kita tambahkan 4 biji manik.Ulangi proses yang sama sampailah hujung.Matikan benang dibelakang kain.

Peningnya proses ni...tapi tak nak seribu dalih hendak seribu daya...,cuba jangan tak cuba...pening lagi...cuba guna kaedah bergambar ni...



langkah 1


langkah 2


langkah 3


siap sudah satu kelopak bunga raya...

sudah berminggu  buku tu hilang akhirnya dijumpai....syukuran,hmm..Untuk pengetahuan am anda melalui buku tu...nama teknik sulaman ini ialah teknik PEYOTE FRANGIPANI atau lebih dikenali sebagai teknik bunga kemboja peyote..Ia adalah asas kepada semua jenis sulaman manik..Macam-macam sulaman manik dapat digubah dengan menggunakan teknik ni..





Isnin, 23 April 2012

RESEPI SAMBAL V0L.2

Assalammualaikum....,ketemu lagi kita...,huh lama tak masuk dapur blog kebelakangan ini sejak adanya ratu ngesot suka mengacau...kacau,kacau lagi,haiya nasib baik tak digaul sekali sambil menganggu gugat kreabiliti aku sebagai tukang masak yang terhebat di dapur ala 70-an tu...tau takpa sukar giler pakai dapur gas dengan mancis..!,Ini abad ke 20 tolonglah tukar dapur gas yang canggih sikit wehh...!Sudah!Aku nak sambung masak ni..Ratu Ngesot tak nak berganjak jadi penunggu dapur berlagak jadi juri hakim chef nak kutuk masakan aku ...Sekarang aku nak cuba resepi sambal yang dikumpul daripada dua buah negara serumpun..,Iaitu Malaysia dan Republik Indonesia..,Sudahkah anda bersiap-sedia bawa perisai buat pelindung diri kerana kita berperang dengan lesung batu dan cili...haha!! ok...kita serang........!!!!!!

RESEPI SAMBAL REPUBLIK INDONESIA

SAMBAL OSENG


BAHAN-BAHANNYA :

1 BIJI BAWANG MERAH                  
                                                           > dimayang
1 ULAS BAWANG PUTIH

7 BIJI CILI PADI
                                                          >  dihiris
1/2 BIJI TOMATO

3O ML KICAP MANIS

1 BIJI LIMAU NIPIS (ambil jusnya)

CARA MEMBUATNYA :

Masukkan kesemua bahan,gaul rata dan tuangkan kicap manis.Masukkan jus limau dan gaul mesra.Sedia dihidang sebagai pencecah.

SAMBAL BELACAN MINANG


BAHAN-BAHANNYA :

15 BIJI CILI PADI

2 BIJI BAWANG MERAH KECIL

1/2 BIJI TOMATO

2 CM BELACAN

1 BIJI LIMAU NIPIS

GARAM SECUKUP RASA

CARA MEMBUATNYA :

Semua bahan tadi ditumbuk halus kemudian perasakan dengan garam dan jus limau nipis,Gaul dengan mesra.Hidangkan.

SAMBAL  MINYAK BALI


BAHAN-BAHANNYA:

20 ML MINYAK MASAK

1 BIJI BAWANG MERAH (dimayang halus)

6 BIJI CILI PADI HIJAU (dihiris nipis)

GARAM SECUKUP RASA

CARA MEMBUATNYA :
Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas mangkuk,Gaul rata dan siap untuk dihidang.

RESEPI SAMBAL MALAYSIA


SAMBAL HIJAU


BAHAN-BAHANNYA :

10 BIJI CILI PADI HIJAU

1/2 BIJI TOMATO

1 BIJI BAWANG MERAH

30 GM IKAN BILIS

1 ULAS BAWANG PUTIH

GARAM SECUKUP RASA

SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGORENG

CARA MEMBUATNYA :
Tumbukkan cili padi bersama bawang merah,bawang putih,tomato,dan garam secukup rasa hingga lumat.Panaskan minyak dan tumiskan bahan ditumbuk tadi hingga masak kemudian masukkan ikan bilis.Siap untuk dihidang.

SAMBAL DENDENG

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :

1 KG DAGING

50 GM KETUMBAR (ditumbuk halus)

1 BIJI BAWANG BESAR (dihiris)

GARAM SECUKUP RASA

BAHAN B :

100 GM CILI MERAH             \

50 GM CILI PADI MERAH           >    dikisar

2 BIJI BAWANG MERAH       /

1 HELAI DAUN LIMAU PURUT

GARAM SECUKUP RASA

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK BAHAN A :

Rebuskan daging bersama dengan ketumbar dan bawang besar sehingga lembut.Kemudian toskan dan hiris nipis-nipis selepas itu gorengkan daging itu sehingga garing.Ketepikan.

UNTUK BAHAN B :

Tumiskan kesemua bahan B sehingga masak dan tambahkan garam secukup rasa.

Kemudian tuangkan sambal tadi ke atas daging yang telah digoreng tadi.Gaul rata.Siap untuk dimakan.

SAMBAL GORENG TOMATO


BAHAN-BAHANNYA :

3 BIJI TOMATO (dibelah 4)

10 BIJI BATANG CILI PADI           \

1 BIJI LABU BAWANG BESAR        >    dikisar

4 ULAS BAWANG PUTIH             /

1 TANGKAI DAUN BAWANG

1/2 KIUB PATI IKAN BILIS

125 ML AIR

GARAM SECUKUP RASA

MINYAK UNTUK MENUMIS

CARA MEMBUATNYA :

Panaskan minyak,Tumiskan bahan kesemua bahan yang telah ditumbuk atau dikisar sehingga garing.Masukkan air dan kiub pati ikan bilis,daun bawang dan akhir sekali tomato.Kacau rata.Siap!.









Selasa, 17 April 2012

CARA MENJAHIT MANIK DAN LABUCI

Assalammualaikum....para pemerhati blog,Dah lama tak redah entri blog,bosan kot...atau merajuk pasal ramai yang komen teruk pasal blog ni,Sekejap cerita pasal gambarlah,masakanlah,bina badanlah,lagulah...Cehhh!!! Suka hati aku ler nak tulis apa-apa dalam blog aku..Yang penting tak ada yang berunsur politik,fitnah atau lucah yang boleh mengurangkan pahala di dunia dan akhirat..BETUL!BETUL!!BETUL!!! itu kata upin dan ipin..hehehe
       Der...,hari itu aku pergi toko buku tiba-tiba jumpa sebuah majalah..woow sangat menarik tapi harga mahal giler almaklumlah made in london,Apa ker jadahnya aku tertarik menarik terpikat dengan majalah sulaman jahit manik dan labuci ni...alahai..dah ada orang memberi pesanan suruh beli buku cara menjahit manik dan labuci kononnya nak buat bisneslah tu tapi aku yang pula yang terjebak...carilah sampai dapat akhirnya majalah made in malaysia yang dibeli...BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA..selamat bajet anda...
       Apalah bengap aku ni...!susah-susah jer beli buku kan sekarang zaman YOUTUBE klik jer...lagilah jimat masa...nasib baik jumpa tutorial yang senang sikit daripada yang dalam buku..






SULAMAN BUNGA DAHLIA

Jom belajar cara buat sulaman bunga dahlia...alahhh senang jer... tapi yang baru nak start macam aku kira kekok jugak..hehehe..

Mula-mula kita buatkan bulatan pada kain,selepas itu tandakan garisan didalam bulatan 4 garis seperti rajah dibawah bagi memudahkan kita yang tengah blur ni..tandakan A sampai H..mulakan jarum dan benang anda pada tanda A

selepas itu ambilkan labuci pastikan di bahagian depan dahulu dimasukkan ke dalam jarum,kemudian masukkan labuci yang diterbalik di bahagian belakang ,masukkan pula labuci saiz kecil dan manik kecil.Ulangkan proses tadi sehingga 3 kali,Akhir sekali,anda masukkan labuci di bahagian belakang dan masukkan jarum ditengah tanda bulatan.


Buatkan proses kelopak bunga tadi dari tanda A,B,C,D,E,F,G,dan H.Untuk ditengah-tengah kelopak bunga kita masukkan manik besar.Jahit mati dibelakang kain.Selesai sudah...





Apa macam cantik tak...?hmm...bolehlah tuu...meskipun tak secantik dalam youtube tadi..ni kalau dah expert...tersenyum bakal mak mertua...,hehehe





Isnin, 20 Februari 2012

WHITNEY HOUSTON diva ratu lagu cinta

GEMPAR!satu alam...seorang diva kesayangan seluruh semesta muzik telah meninggal dunia.Siapakah dia?.Dia ialah yang WHITNEY HOUSTON.siapa...?.Bagi yang tak kenal dia.Marilah kita kenali dia dengan lebih rapat lagi.
Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012)

Dia ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati Amerika Syarikat. Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records.Antara 415 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 6 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 170 juta album, single dan video ke serata dunia.Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun.Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas. Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama.Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200.Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video "How Will I Know", mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya. Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja. Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah.Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records. Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You. Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.Mediang dikebumikan pada 19 Februari 2012.

sebagai tribute buat dia,terimalah lagu ini...lagu pevret aku huhuhu :(


Jumaat, 17 Februari 2012

RESEPI SAMBAL

WOW!!!,kalau diceritakan tentang sambal sememangnya sebahagian appertize yang sinonim dengan masyarakat melayu dan seantero nusantara.Banyak variasi sambal yang mahu dikongsikan kepada para peninjau blog...,Aku akan cuba mencari dan kumpulkan resepi SAMBAL untuk dimuatkan ke dalam entri ini....,

mula-mula aku nak kongsikan resepi sambal yang paling ringkas,HUH!buat malu jer kalau tak tahu buat sambal ni sedangkan budak kecik 3 tahun pun boleh buat...,

SAMBAL KICAP
sebelum buat kenali dulu bahan utamanya kalau tak......,tak menjadilah jawapnya...





SAMBAL KICAP UNTUK ULAM BUAH-BUAHAN :
BAHAN-BAHANNYA :

CILI
GULA
BELACAN
IKAN BILIS
KICAP

CARA MEMBUATNYA ;
tumbuk belacan,ikan bilis dan cili hingga lumat.Campurkan gula dan kicap.Siap

SAMBAL KICAP UNTUK CECAH MAKANAN BERPANGGANG
BAHAN-BAHANNYA :

LIMAU KASTURI
CILI
BAWANG PUTIH
KICAP

CARA MEMBUATNYA ;
tumbuk cili dengan 2-3 ulas bawang putih hingga lumat,letakkan air perahan limau kasturi atau limau nipis kemudian masukkan kicap.

SAMBAL KICAP UNTUK BUBUR
BAHAN-BAHANNYA :

CILI
IKAN BILIS
KICAP

CARA MEMBUATNYA :
gorengkan cili bersama ikan bilis hingga rangup.Toskan minyak kemudian tumbukkan hingga lumat.Campurkan dengan kicap.


JOM BUAT SAMBAL YANG PALING REMEH TAPI SEDAP DIMAKAN


SAMBAL PETIS(sebut betul-betul P....tis bukan betis ya)

BAHAN-BAHANNYA ;

alamak lupa lak pulak resepinya...... kita sambung minggu depan,Tunggggu...


SEMINGGU KEMUDIAN....

Assalammualaikum..., alhamdullillah jumpa lagi kita,

tau-tau jerlah muda lagi nak nyanyuk mudah terlupa...

Oh!ya tentang bahan-bahan tadi... cepat cari sampai dapat yer...ni resepi special daripada sarawak,


Bahan-bahannya...

1 botol besar kicap soya pekat

1 botol sos cili( 1 kg bungkus)

1 kg gula apong (kalau tak ada... gula biasa atau gula melaka pun boleh cuma rasa sajer lain sikit)

1 bungkus belacan

1/4  cili kering yang dikisar halus (kalau malas sangat guna ajer cili boh)

350 gram bijan(digoreng garing tanpa minyak)

sedikit garam

sedikit tepung jagung

Cara Membuatnya :

Mula-mula gunakan kuali besar takut tak muat pulak...,Panaskan kuali kemudian cairkan gula apong dengan sedikit air,barulah letakkan kicap soya pekat,sos cili,belacan dan cili kisar tadi.Gaulkan sehingga belacan tidak berketul.lagi.letakkan sedikit garam,sedikit gula(jika kurang manis) dan bijan.Untuk memekatkan lagi kuah sambal petis ini tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung.Gaul lagi sampai rata dan betul-betul pekat  berwarna hitam kilat.Proses ini memakan masa antara 2-3 jam.Api perlu dikawal sederhana takut nanti hangit(orang kata sudahlah hitam hangit pulak tu..).Siap,sejukkan sebelum dihidang.









Jumaat, 3 Februari 2012

FIT BODY~CARA MENDAPATKAN TUBUH BADAN TEGAP

Jika ditanya 10 orang pakar-pakar senaman untuk definisi kecergasan mereka,Dan pasti anda akan mendengar 10 jawapan yang berbeza.Ini kerana ia bergantung kepada jenis ujian prestasi daripada kedayatahanan yang ada pada tubuh badan anda.
       
Kebanyakkan atlet juga perlu melalui beberapa ujian tertentu seperti powerlifters(angkat berat),marathoners(berlari),dan aktiviti berat lain yang melampau untuk mencapai tahap kecergasan yang tinggi .Kebanyakkan daripada kita merasakan tidak mampu tetapi yang sebenarnya jika mendapatkan latihan kecergasan yang  tersusun dan seimbang mengikut kemampuan anda.Pasti boleh.Dalam erti kata lain,latihan ini dilakukan agar manusia lebih sihat dan aktif dalam melakukan aktiviti seharian.


Pakar senaman telah bersetuju bahawa anda sebenarnya memerlukan satu latihan asas yang paling utama iaitu kestabilan  teras.Di mana anda perlu mengimbangi badan yang rendah untuk mendapatkan kekuatan tenaga dan kuasa untuk berlari,melompat dan mengangkat objek berat dalam cabaran latihan berulang tanpa mengganggu sistem otot. 
       
Terdapat tujuh ujian kecergasan yang akan membantu anda tetapi kita mulakan dengan tiga cabaran yang terpenting untuk membentuk bahagian di bawah(kaki dan peha),ukuran teras(perut dan dada),dan bahagian atas badan (tangan dan bahu).Ini bukan sekadar melakukan senaman hanya untuk sekali.Jadikannya sebagai sebahagian daripada rutin latihan senaman setiap hari.Anda dengan pantas akan membentuk susuk tubuh yang diidami seperti seorang atlet bina badan.


Ujian Kecergasan # 1 : Kestabilan Teras

Kita mulakan latihan kecergasan di bahagian tengah tubuh anda iaitu perut dan dada.Pastikan kedudukan yang selaras dari atas hingga bawah dan berhati-hati semasa melakukan cabaran ini kerana jika teras anda tidak kukuh dan stabil boleh mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini berlaku.Sokongan tulang belakang anda yang betul mampu mengawal pergerakan daripada tergeliat dan sentakan.


Jadi kita akan bermula dengan sediakan papan senaman.Buat ujian asas kestabilan dan ketahanan teras.Untuk lelaki secara puratanya mampu melakukan ujian asas ini selama 60 saat.


Di mana caranya dengan mengikut gambarrajah di bawah ini :






Dengan berat badan anda terletak di atas lengan dan jari kaki anda. Badan anda perlu membentuk satu garis lurus dari leher ke buku lali. Anda perlu melebarkan kaki anda selain itu siku anda betul-betul di bawah bahu anda. Cari rakan untuk membantu menetapkan kedudukan lurus di sepanjang belakang anda supaya tidak bergerak. Ia harus selari di antara tiga mata: belakang kepala anda, di antara tulang belikat anda,dan kaki anda. Suruh dia pegang kuat-kuat sedaya upaya. Hentikan jika badan anda kehilangan imbangan badan.Jika anda boleh melakukannya selama 60 saat, berhenti dan berehat selama dua minit. Kemudian melakukan dengan kaki anda di atas sebuah bangku.Jangan bergerak selama 60 saat.Selesai,Berehat dua minit dan mencuba versi ini: Dengan kaki anda di atas lantai, gerakkan tangan anda ke hadapan supaya siku anda di bawahnya mata anda bukan bahu anda.Jika anda mampu melakukan kesemua cabaran ini selama 60 saat yang ditetapkan.Ini bermakna anda telah mencapai tahap kecergasan seorang atlet.

 fakta daripada yahoo :

THE SCORECARD

Below average: You can’t hold a basic plank 60 seconds
Average: You go 60 seconds
Above average: You can hold a plank 60 seconds with your feet elevated on a bench
Men's Health Fit: You can hold a plank with your arms extended for 60 seconds

 Ujian Kecergasan # 2 : Tekan Tubi 


Tekan tubi adalah cara terbaik untuk membentuk saiz dan kekuatan dada anda.Tekan tubi juga sebenarnya berfungsi menghasilkan lebih banyak otot pada tubuh,Walaubagaimanapun ia tidak membenarkan anda untuk melakukan lebih banyak bebanan yang tertentu dengan instensif maksimum.

Tekan tubi memerlukan impak yang kuat daripada dada,bahu,dan ia mengakibatkan kita cepat merasa keletihan.Ia juga satu latihan teras,Yang memaksa otot abdomen,pinggul dan belakang yang lebih rendah agar bekerja keras memastikan tulang belakang anda sentiasa dalam keadaan yang selamat.Ia juga memaksa otot di sekitar tulang belikat anda yang menyokong sendi bahu.Ia tidak akan berfungsi jika stamina anda kurang mantap untuk menekan tubi.

Caranya dengan mengikut gambarrajah di bawah ini :








Tahap terbaik adalah dengan kaki diletakkan di atas bangku dan alat angkat berat di tangan anda.Lakukan kedudukan tekan tubi dengan tangan anda betul-betul di bawah bahu,kaki anda dilebarkan.Selain itu,Pastikan tangan dan kaki anda sebagai sokongan dan badan anda dalam garisan lurus dari leher ke buku lali. Turunkan badan anda sehingga dada anda adalah kira-kira satu inci di atas lantai,berhenti seketika untuk 1 saat(ini adalah penting),dan kemudian kembali ke kedudukan permulaan. Lengkapkan sebagai tekan tubi yang berulang kali kerana anda boleh pada waktu yang sama dapat mengekalkan bentuk tubuh yang tegap(fit).

 fakta daripada yahoo :

 THE SCORECARD

Below average: Fewer than 15 pushups
 Average: 16 to 29 pushups
 Above average: 30 to 44 pushups
 Men's Health Fit: 45+ pushups

 Ujian Kecergasan # 3 : Tekan Dagu 

Latihan senaman ini juga sama fungsinya seperti kedua-dua latihan yang tadi cuma ia membentuk otot dari bahagian atas (bahu dan leher) dan pertengahan belakang tubuh.

 Lihat pada gambarrajah di bawah ini :


Caranya ialah dengan menggunakan palang,Anda tergantung dan berpaut tangan padanya kemudian mengangkat beban badan dan menolak bahagian atas sehingga mencecah paras dagu.Anda sebenarnya memaksa otot di pertengahan belakang tubuh untuk bekerja lebih gigih dengan otot pinggul anda dan bawah belakang untuk menjaga tulang belakang anda dalam kedudukan yang stabil dan selamat. Ia bermula dengan bahu dilebarkan dan tangan menggengam palang sekuat-kuatnya.Tarik nafas panjang-panjang anda selama 1 saat lalu hembus kemudian badan ditolak naik ke atas sehingga ke paras dahu melepasi palang dan kemudian perlahan-lahan menurunkan badan kembali kedudukan pemulaan. Lakukan ia secara berulang-ulang.

 FAKTA YAHOO.COM:

 THE SCORECARD

 Below average: Fewer than 3 chinups
 Average: 3 to 7 chinups
 Above average: 8 to 10 chinups
Men's Health Fit: More than 10 chinups

Ahad, 15 Januari 2012

RESEPI SUP

SUP CENDAWAN
BAHAN-BAHANNYA :
800ml air
200gm susu rendah lemak
1 ketul kiub pati ayam
Cendawan butang secukupnya - dihiris
Garam secukup rasa
Ajinamoto secukup rasa
1/2 cwn tepung gandum - dibancuh dgn sedikit air

Cara-cara membuatnya :
Panaskan air. Bila menggelegak, masukkan susu. Kacau sekejap.
Masukkan kiub pati ayam dan cendawan.
Tuang bancuhan tepung gandum. Kacau sebatikan dengan air rebusan tadi.
Perasakan dengan garam dan ajinamoto. 
Kacau hingga kepekatan. Tutup api. 
Sedap dimakan panas dengan roti bakar bersapu marjerin bawang putih.




SUP AYAM BERKRIM 


BAHAN-BAHANNYA :

60 gm mentega.
1 biji bawang labu dipotong dadu.
2 ulas bawang putih 
1/2 cawan atau 60gm tepung gandum biasa.
1 liter air stok ayam (sila lihat penyedian stok ayam).
1 ketul daging ayam bahagian dada dihiris halus.
1/4 krim berat atau 1/2 tin susu cair (Evaporated Milk).
2 tangkai daun parsley atau daun tyme dihiris halus untuk taburkan di atas sup kalau tidak ada pun boleh guna daun saleri atau daun  ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk dan masukkan mentega. Masukkan bawang dan goreng dgn api sederhana 2-3 minit sehingga bawang lembut. Masukkan bawang putih, goreng 2 minit. Masukkan tepung gandum dan kacau serata selama 1 minit. Api dapur jangan terlalu keras kalau boleh alihkan periuk dari api dapur supaya tepung anda tidak hangus.
2.  Masukkan hirisan ayam dan stok ayam (air rebusan ayam). Sentiasa kacau (menggunakan pemukul telur) serata sehingga sup menjadi pekat dan mendidih. Kecilkan api dan masukkan krim. Kacau sup anda serata selama dua minit. Masukan garam (sekiranya gunakan stok ayam ikut panduan air yang tertera di kotak stok ayam dan garam tidak diperlukan), serbuk lada putih dan perasa makanan mengikut kehendak anda. Semasa hidangkan taburkan daun thyme atau parseley di atas hidangan anda. Sup anda telah siap.
3. Sup ini boleh juga masukkan cendawan, kiub lobak, kentang dipotong kiub atau seleri dipotong halus mengikut selera anda.
CARA PENYEDIAAN STOK AYAM( AIR REBUSAN AYAM / CHICKEN STOCK.
BAHAN-BAHAN:
2 kg tulang ayam (kerangka ayam boleh diperolehi di pasaraya atau di pasar).
1/2  bawang labu hanya dikupas saja.
2      batang lobak di potong dadu.
2      batang seleri dihiris termasuk daunnya.
3.5  liter air.
1      ikat daun parsley.
CARA-CARA:
1. Dengan api dapur sederhana didihkan air dan tulang ayam (kerangka). Setelah air mendidih, Keluarkan bahan asing dan buih yang terapung di permukaan air. Masukan satu ikat daun parsley (mengikat tangkai bersama). Masukkan 15 biji lada hitam bersama dengan lobak, bawang dan batang seleri yang dihiris. Masak tulang ayam sekurang-kurangnya 3 jam. Tapis airnya dengan mengunakan penapis dan jus dari sayuran perlulah ditekan dan dikeluarkan.
2. Masukkan air rebusan itu ke dalam peti sejuk dibahagian beku. Apabila lemak di permukaan atas rebusan ayam itu beku, keluarkan lemak yang telah pejal dan terapung. Stok ayam anda telah sedia. Sekiranya anda menyimpan dibahagian dingin peti sejuk, boleh digunakan dalam tempoh 2-3 hari saja. Tetapi sekiranya digunakan tempat beku anda boleh gunakan stok ayam ini sehingga 8-12 bulan. Anda akan perolehi 2.5 liter stok ayam.












Sabtu, 14 Januari 2012

lawak kucing




Lama sudah aku tak entry blog ni...al maklumlah sibuk memanjang jer kira duit..., bosan giler nak soal jawab tentang duit... duit masuk lah duit keluar lah belum lagi duit lesap...

Nah! untuk hilangkan stress aku tengok gambar kucing sambil baca lawak mengarut ni... hehehe hahaha...at least terhibur jua hati yang lara...

AL KISAH...adalah seorang budak mengadu kat cikgunya,Dia selalu saja diganggu oleh sesuatu makhluk yang berbulu tapi huhuhu nampak comel....... 


Malangnya cikgunya langsung tidak percaya dengan kata-kata budak itu malah budak itu kena denda berdiri 
diatas kerusi...esh esh esh KESIAN,KESIAN,KESIAN....lalu dia berniat ingin membalas dendam kepada makhluk berbulu tapi comel...Huh!!!Dah jumpa durjana itu.Siaplah engkau wahai makhluk tuhan paling cute..!


Maaf..!Bukan aku...!Sumpah...!Bukan aku yang buat tapi...tapi  tapi DIA...siapa dia?!. JENG JENG JENG..URGHHH!! Akulah kucing yang kau cari...Hahaha!!!!MUaaaHHHh!!!!Alamak terlebih sudah



BERSAMBUNG......